Sunday, October 27, 2013

Sinopsis Tercipta Bahagia Untukku...

Perkenalan Naurah Qisya dengan Izzuddin Harraz yang bermula dari laman jodoh di internet telah menyemai benih-benih cinta di hati mereka dan mengambil keputusan yang cepat untuk menjadi sepasang kekasih selepas genap sehari perkenalan mereka. Naurah Qisya tertarik dengan Izzuddin Harraz kerana sikap Izzuddin Harraz yang baik hati dan sanggup buat apa sahaja demi Naurah Qisya walaupun Izzuddin Harraz tidak sekacak dan setampan bekas kekasih lamanya, Mikayil Zahwan. Perwatakan Izzuddin Harraz yang menyenangkan membuat Naurah Qisya tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran Izzuddin Harraz untuk menjadi peneman cintanya.

Percintaan mereka penuh dengan warna-warni dan hanya gelak tawa, usik mengusik antara mereka membuatkan cinta mereka semakin mekar. Mereka juga telah berjumpa dengan ibu bapa masing-masing bagi meminta restu dan juga membuktikan bahawa mereka serius antara satu sama lain. Izzuddin Harraz telah mengambil keputusan untuk melamar Naurah Qisya menjadi pemaisurinya setelah genap setahun mereka berkenalan kerana dari hari pertama lagi Izzuddin Harraz merasakan bahawa Naurah Qisya adalah wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya. Begitu juga Naurah Qisya yang tidak teragak-agak menerima cinta Izzuddin Harraz kerana Izzuddin Harraz sahaja yang berjaya membuka hatinya kembali untuk menerima cinta setelah kegagalan cintanya dengan Mikayil Zahwan.

Tetapi segalanya berubah apabila Mikayil Zahwan muncul kembali di dalam hidup Naurah Qisya setelah setahun menyepikan diri dengan pelawaan menjadi kawan Naurah Qisya di dalam Facebook. Naurah Qisya dengan secara tidak sengaja menerima pelawaan untuk menjadi kawan daripada Mikayil Zahwan oleh sebab Naurah Qisya mahu pembayaran hutang Mikayil Zahawan  dengannya diselesaikan secepat mungkin kerana sudah bertahun-tahun Mikayil Zahwan menyatakan bahawa dia berjanji hendak membayar hutangnya tetapi sampai sekarang janji hanya tinggal jani.


Tidak lama kemudian, Izzuddin Harraz mendapat tahu bahawa kekasih hatinya telah menjadi kawan dengan bekas kekasih di Facebook. Adakah Izzuddin Harraz marah dengan sikap Naurah Qisya? Adakah perhubungan mereka akan terputus di tengah jalan? Adakah Mikayil Zahwan akan melamar Naurah Qisya menjadi kekasih hatinya kembali? Segalanya akan terjawab dalam Terciptakah Bahagia Untukku.

No comments:

Post a Comment