Monday, April 1, 2013

His Graduation Day...

Setelah nak dekat setengah tahun berlalu baru nak update pasal graduation. Kenapa saya cakap pasal graduation?  Sebab acara inilah yang pertemukan saya dengan mak dan abah dia. Mula-mula rasa nerves juga dan macam-macam gak pikir kemungkinan sampai tak nak pergi pun ada. Tapi apabila hati ini sudah sayang pada dia dan nak melihat sendiri penerimaan mak dan abah dia, akhirnya gagah juga kaki ini pergi ke Putrajaya International Convention Centre (PICC)  di Putrajaya.

Perjalanan ke Putrajaya mengambil masa selama sejam oleh kerana tempat dia agak jauh dari Kuala Lumpur (KL). Hanya mengunakan public transport yang ada sebab cepat, mudah, menjimatkan masa dan juga murah kalau nak dibandingkan driving ke sana dengan duit minyak tambah tol lagi mahal kan. Saya mengambil empat public transport ke sana. Masa di KL saya mengambil bas RapidKL dan mengambil LRT dan juga KLIA Express. Sampainya di Putrajaya, saya mengambil bus ke PICC.
Perjalanan yang memenatkan tapi bila sampai saja di dalam PICC, hati rasa excited pula nak berjumpa dengan dia. Mata asyik meliau cari sana sini kalau jumpa dia dalam lautan manusia yang datang masa graduation day itu. Boleh dikatakan banyak tak terkira sampai tak nampak mana dia. Handphone pun asyik kat tangan takut sesatkan walaupun sudah pernah pergi ke PICC ini. Bukan sekali tapi dua kali itupun graduation saya sendiri dan juga exhousemate masa kolej yang diadakan tahun yang berturut-turut.
Mula-mula call tapi dia tak angkat dan hati juga sudah risau pikirkan mana dia pergi. Saya sudah berkira mahu balik kalau dia tak angkat call saya dan jumpa saya sebab saya sorang-sorang tak ada teman. At last call dia baru dia menjawab dan selepas tu nampak la kelibat dia datang ke arah saya. Tapi yang mengejutkan dia seorang je jumpa saya. Saya bertanya dan kami berborak lama gak sampai kawan dia panggil suruh masuk dalam dewan baru dia pergi meninggalkan saya. Tinggal la saya seorang diri lagi.
Saya mencari-cari kalau ada tempat yang boleh melihat perjalanan acara itu berlangsung sebab saya tidak boleh masuk ke dalam dewan kerana tiada pas masuk. Setelah lama round-round mencari, akhirnya jumpa juga screen yang menunjukkan acara itu berlangsung dan ada juga disediakan kerusi untuk duduk. Tak payah la penat-penat bersila di bawahkan. Tiba-tiba ada seorang tukang jaga dewan kot yang cakap kat saya kalau nak masuk ke dalam dewan boleh sebab ada lagi 200 tempat kosong. Bila mendengar khabar tu saya apatah lagi dengan rasa gembira yang teramat sangat cepat-cepat pergi naik ke dewan sebab tak nak lepaskan peluang keemasan. Masuk tanpa pas sebeb ada tempat lagi. YIPPIE!!! Tapi sebelum naik ke atas saya sempat beli sejambak bunga untuk dye bagi mengucapkan tahniah atas graduation dia. Bantai je bagi walaupun dia lelaki sebab situ je jual bunga dan teddy bear.

Dia  pun asyik sms saya mana saya dan macam-macam la soalan ditanya. Saya rasa diri disayangi sebab dia mengambil berat tetang keadaan saya. So sweet...  Saya duduk yang paling belakang sekali di dalam dewan itu sebab tak nak menganggu mak bapak orang lain yang telah duduk di tempat masing-masing dan juga takut terserempak dengan mak dan abah dia sebab masih belum bersedia lagi.

UniKL gak...

Sepanjang perjalanan konvokesyen berlangsung, rasa bosan dan mata asyik tengok jam bila lah nak habis. Tapi bila sampai giliran dia tetiba mata yang ngantuk rasa segar bugar sebab dapat tengok orang yang tersayangkan ambil segulung diploma. Lepas dia berlalu rasa ngantuk balik dan berkira-kira bila lah nak habis. Lepas tamat acara konvokesyen itu, saya cepat-cepat keluar dari dewan sebab tak sabar nak jumpa dia. Saya siap standby kat depan pintu dewan yang khas untuk para graduan keluar masuk itu dengan sejambak bunga di tangan dan berharap agar dia suka pemberiaan saya yang tidak seberapa.

Lepas dia keluar saya terus bagi sejambak bunga kat dia. Nampak senyuman di bibirnya pun sudah cukup menyatakan bahawa dia suka dengan pemberiaan saya. Lepas itu dia call mak dan abah dia sebab nak jumpa. Semasa mengikuti dia, saya bertanya kepada dia dan dia cakap jangan risau. Cuba jangan risau tetapi hati ini asyik berdebar je. Pikiran negatif juga sentiasa menghantui.

Sampai sahaja depan mak dan abah dia, sangkaan saya meleset sama sekali sebab mak dan abah dia terima saya dengan hati yang terbuka dan banyak juga soalan yang mak dan abah dia tanya pada saya tapi semua itu saya jawab dengan tenang. Mak dan abah dia membiarkan saya meneman dia pergi menangkap gambar graduation tanpa mak dan abah dia. Yes dah dapat GREEN LIGHT la tue... Selepas selesai dia menangkap gambar dan berjumpa dengan kawan dia, kita berdua jumpa balik dengan mak dan abah dia. Abah dia nak menangkap gambar kenangan dia graduate, so abah dia suruh mak dia berdiri di sebelah dia dan saya nak bagila laluan untuk anak beranak bergambar tetapi yang mengejutkan saya, abah dia suruh masuk sekali untuk mengambil gambar.


Muka serius...


Senyum sikit...
Lepas kami nak bergambar, abah dia pun nak bergambar dengan anak dia. So, saya pula jadi tukang ambil gambar mereka pula.

UniKL yang penting...
Penerimaan mak dan abah dia cukup membuat saya hilang darah gemuruh tapi yang paling penting kalau nak perkenalkan kekasih korang, bawalah mereka jumpa mak bapak pada time acara macam ni sebab inilah masa yang paling sesuai dan hendak melihat juga tahap keseriusan kekasih korang terhadap hubungan korang....

P/S: Gambar ini dicreditkan kepada abah dia sebab camera abah dia. Hehehe...

No comments:

Post a Comment