Betapa seronoknya melihat orang lain dengan rakan-rakan mereka. Kalau terlihat sesama sendiri akan menjadi perbualan yang hangat di antara mereka. Tidak kurang juga mereka berjalan dan singgah ke tempat rakan mereka untuk diajak rehat sesama dan juga untuk berborak tentang kerja ataupun selain dari kerja.
Tipulah kalau cakap tiada cemburu dalam hati. Tapi apa boleh buat? Hanya boleh simpan sedih dalam hati sorang-sorang. Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya macam mana hati ini. Kadang-kadang pernah juga terpikir untuk lari dari situasi ini tapi hendak buat macam mana kena redah juga sehingga penghabisan.
![]() |
Kesepian |
Bukan hendak menyombong diri atau duduk dalam kongkongan diri sendiri tapi inilah realiti yang perlu ditelan. Memang pernah cuba berbagai-bagai cara tetapi tidak berhasil. Ada juga yang berhasil tapi tak sampai tiga hari saja mereka seolah-olah memulau diri ini. Mula-mula, saya memperkenalkan mereka antara satu sama lain sebab mereka budak baru kan dan ingat bolehlah jadikan kawan tetapi setelah mereka kenal lebih rapat, saya seolah-olah mereka tak nampak dan tak wujud.
Bukannya nak menungkit ke apa. Tak ada niat di hati pun tetapi ingat la orang kat sini juga dan ingat la jasa orang ini yang pertemukan korang kalau tak korang tak kenal pun. Terhiris hati ini macam di hiris dengan parang je.
Ini terjadi kalau saya berkawan di kalangan orang melayu sebab MELAYU MUDAH LUPA bak kata Tun Mahathir. Orang melayu juga suka pilih bulu. Kalau tak serasi sampai bila2 pun tak serasi dan mereka tidak boleh menerima orang yang lain perwatakan daripada mereka. Tapi kalau di antara kalangan orang melayu kalau ada yang popular ke, pandai ambil hati orang ke dan pandai juga jaga hati orang ke barulah orang berlumba-lumba nak kawan dengan orang macam perwatakkan itu. Sebab apa? Selesa berkawan dan ada juga untuk menumpang populariti orang itu.
Tapi sebaliknya kalau berkawan dengan orang cina atau india. Mereka tidak memilih sangat untuk berkawan dengan siapa. Mereka lebih open minded dan juga lebih cakap benar dari orang melayu yang suka berbohong. Mereka lebih friendly dan sebab itulah saya lebih rela berkawan dengan cina dengan india berbanding orang melayu sendiri.
![]() |
1 Malaysia |
Saya tau diri saya macam mana. Perwatakan saya lain dari orang melayu sendiri sebab itu saya rasa saya tidak diterima di kalangan orang melayu sendiri. Memang saya mengaku saya ini straight forward, blur, tak pandai ambil hati, lepas cakap yang pedas-pedas (itupun atas sebab munasabah), banyak cakap, muka masam mencuka, kelakar dan juga ada kalanya pendiam. Kadang-kadang ada orang suruh saya berubah perwatakan saya untuk mengikuti macam mana orang melayu sekarang punya perwatakan tetapi saya tak boleh sebab saya tak nak hipokrit pada diri sendiri dan juga orang lain. Biarlah saya menunjukkan pewatakan saya yang sebenar daripada BANGKAI GAJAH KALAU NAK DITUTUP PUN AKHIRNYA TERBUKA JUGA.
Saya berharap sangat orang melayu ubahla mentaliti korang sebab itu tak akan kemana-mana. Sifat berpuak-puak atau dikenali juga sebagai pilih bulu yang ada di dalam kalangan orang melayu sama ada di sekolah, kolej, universiti dan di tempat kerja haruslah dihapuskan. Ini kerana tidak tahu sama ada orang itu terluka hatinya disebabkan perwatakan korang. Memang bagi korang biasa sebab dia senyap tapi mana tau dia saja yang merasa sebab hatinya sendiri. Janganlah berasa megah diri ataupun berasa nak lebih pandai dari orang lain. Memang bagus tapi adakalanya juga terlamapu sangat takut membawa kepada riak, takbur dan sombong.
![]() |
Dipulaukan rakan-rakan |
Sokong kenyataan tu.. ak mlyu. But ak lbih suka kwn ngn cina n india. Kalo kwn2 ak yg melayu jmpa aku myombong. Kalo cina n india depa akn tgur ak.
ReplyDeleteSaya sendiri dipulaukan. Kawan melayu sebilik dengan saya tak nak berkawan dengan saya. Tapi kawan saya yang bukan melayu tak seagama terima saya. Dari sekolah rendah sampai la ke kolej mmg tak ada kwn sya yg berbangsa melayu berkwn kekal dgn sya
ReplyDeleteassalam , bagi pendapat sikit , kenapa saya selalu dipulaukan oleh member ? bgi penjelasan dan tip untuk atasinya .
ReplyDeleteayyo... saya pun baru masuk ofis baru... tp dah 2 bulan masih dipulaukan. kadang2 diaorang order foodpanda atau grabfood langsung tak ajak saya. boleh pulak diaorang bersukaria makan2 minum2 sama2 tak ajak langsung saya
ReplyDeleteSama macam jalan hidup saya...setiap hari dipulaukan...nak pergi sekolah pon rase tak bersemangat...sabar semua ini dugaan dari Allah...moga2 kita dipertemukan kawan dan sahabat yang setia dengan kita
ReplyDeleteSaya pon selalu rasa cam dipulaukan.kami sume chat dlm wasap. Rancak gila dowang bual sampai aku...trussss senyap group tu. Tula yg saya rasa. ada sorang je mem saya yg balas chat saya. Sedih sgt dan teramat perit hati ni. Xde mem aku yg phm pon kecuali Allah SWT.
ReplyDeleteSabar .. Tuhan perhati je apa yg berlaku...
ReplyDeleteSifat kita sama,sebab tu saya konfius,mereka (pemulau) sebangsa kah dengan kita ?
ReplyDelete