Saya ingin berkongsi kegembiraan dengan semua pembaca blog saya yang dikasihi kerana akhirnya saya sah menjadi tunangan kepada encik tunang tersayang saya lebih seminggu yang lalu. Bukan hendak melambatkan khabar gembira ini tetapi saya terhimpit dengan assignment yang kena hantar, presentation dan juga mid term test al maklumlah saya masih student lagi tetapi tak lama lagi saya akan menghabiskan pengajian saya sebab saya sudah berada di tahun akhir dan semester akhir. YIPPIEEEE....
Persiapan sebelum hari pertunangan saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut oleh kerana persiapannya agak kelam kabut dan tiada gambar yang saya dapat tangkap. Sedih kan? Tapi tidak apa kerana yang penting adalah masa hari pertunangan itu sendiri. Ok di sini saya ingin menceritakan keronologi peristiwa di hari pertunangan saya pada hari Sabtu 14/12/2013:
1. Persiapan katering dan juga kemah telah didirikan untuk menyambut tetamu. Warna kemah putih hijau tetapi ini bukanla tema warna untuk majlis pertunangan sebab family saya tiada tema khusus untuk majlis pertunangan ini.
2. Baju yang ditempah khas dan juga alat solek yang disediakan oleh mak andam untuk pertunangan saya. Saya telah menempah mak andam oleh kerana saya takut tak cukup masa untuk saya menyiapkan diri saya dan untuk mengelakkan keadaan menjadi kelam kabut.
3. Rombongan pihak lelaki baru datang dan juga perbincangan antara kedua-dua belah pihak. Setelah perbincangan kata sepakat telah dipersetuji.
4. Pihak lelaki membawa tiga dulang hantaran dan pihak perempuan membalas lima dulang hantaran. Antara hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki: Ferrero Rocher, Macaroon, Cincin Tunang. Antara hantaran yang dibalas oleh pihak perempuan : Buah-buahan, Ferrero Rocher, Kek Tiramisu, Wajik, Cupcake.
5. Sesi sarung cincin dan juga abah mak pihak lelaki dan juga ayah ibu pihak perempuan bergambar selepas sesi sarung cincin and I AM OFFICIALLY ENGAGE.
7. Keluarga, semua lelaki, semua perempuan dan juga keluarga besar saya bergambar sekali sampai condong ke kanan dan ke kiri dibuatnya.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. FYI encik tunang tersayang saya tiada di dalam gambar ini oleh kerana kami mengikuti adat lama yang menyatakan bahawa tunang lelaki tidak perlu datang ke majlis pertunangan hanya rombongan pihak lelaki sahaja yang datang. Di sini saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada ibu saya yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pertunangan saya (love you ibu), tukang jahit yang dapat menyiapkan baju saya tepat pada masanya walaupun banyak dugaan, tukang jahit yang menyiapkan shawl saya dengan cepat untuk pertunangan ini, mak andam saya kerana makeupkan saya dan juga membelit-belit tudung saya walaupun tak tahu gaya apa, photographer yang mendera saya untuk membuat pose yang tidak dapat saya kongsikan dan juga melayan kerenah gila-gila saya. Tak dapat saya membalas jasa semua orang tapi saya menghargai setiap apa yang semua orang laukan sehingga majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar. LOVE YOU ALL SO MUCH.... XOXO...