Kenapa perkahwinan ini tidak macam dalam drama? Yela selalunya orang belum kahwin terutamanya yang selalu duduk tengok drama sambil membayangkan alangkah indahnya perkahwinan dan akan ada happy ending tetapi semuanya hanyalah tipu belaka. Kita ambil pendekatan memang ada masa happy macam drama tetapi itu hanyalah awal-awal selepas berkahwin and the suffer is real akan bermula antara enam bulan atau selepas setahun perkahwin masa itu perangai sebenar pasangan kita akan keluar.
Masa itu memang akan rasa macam 'eh menyesalnya aku kawin dengan si dia' tetapi nak buat macam mana tidak boleh patah balik sudah dan lagi parah apabila engkau sebagainya isterinya yang tengah mengandungkan anak sulungnya iaitu suami kau tidak mempedulikan kau langsung yang dia peduli hanyalah anak yang tengah kau kandung. Masa awal-awal mengandung pun dia buat muka tidak peduli pun bila kau tunjuk pregnancy test yang ada dua garisan tetapi dia cakap 'dah tau dah' sambil tunjuk muka biasa sahaja dan kena gaduh juga dengan dia sebelum hendak beli pregnancy test. Sadisnya, kau juga tidak dibawa bercuti, berjalan-jalan dan juga tidak diberikan nafkah terus macam dipenjara sahaja walaupun kena duduk rumah sudah macam boleh buat novelkan?
Teruknya dia, kau rasa? Lagi teruk kawan-kawan kau dan juga kaum keluarga yang labelkan dia sebagai suami soleh dan baik sangat sebenarnya lagi jahat sangat perangainya daripada bekas kekasih pertama kau dulu yang semua orang cakap 'eh tak payahlah teringat dekat bekas kekasih kau sebab kau dah dapat orang yang sangat baik dan soleh' tetapi suami kau itu hanyalah pandai berpura, depan orang baik sangat macam ibarat pijak semut pun tak mati tetapi belakang orang dan di depan kau tu ha keluarlah perangai jahat sangat dia yang tersimpan daripada orang lain.
Makin lama kau dalam perkahwinan dengan dia makin banyak perangai jahat sangat dia yang terkeluar. Tidak sampai setahun kau kahwin dengan dia, dia sudah berani pukul engkau sebab kau hanya mengajak dia temankan kau beli baju sahaja. Logik tak perbuatan dia terhadap kau? Fikirla korang semua ye tetapi kau tipu keluarga dengan bercakap lebam dekat bibir dan bibir yang bengkak itu disebabkan kau jatuh oleh kerana kau hendak tutup aib suami kau dan kau tetap sabar. Itu hanya permulaannya sahaja apabila dia sudah pukul kau sekali ingat dia akan berhenti bila tengok kau sakit? Silapla sebab dia akan terus memukul kau dan menganggap kau wanita lemah yang boleh dibuat sesuka hati dia.
Perjalanan sepanjang kau mengandung memang ngeri sebab pukulan daripada dia sudah menjadi macam makanannya sahaja tetapi kau tetap rahsia daripada orang lain disebabkan pandangan orang lain yang melihat suami kau macam mr perfect kononnya walaupun muka tidak hensem. Kalau kau bagitahu juga dekat orang lain mesti orang lain ingat kau reka cerita sahaja dan tidak akan mempedulikan cakap kau lalu kau pun memendam rasa seorang. Sebab itu, kau nak rawat hati kau dengan kau belajar masak dari cik Google supaya masa sunyi kau kat rumah dipenuhi selepas kau balik dari kerja dan juga kau hari-hari masak untuk suami kau. Kau juga tidak lupa berdoa agar suami kau layan kau sebagaimana layaknya seorang isteri yang patut dilayan oleh seorang suami.
Lagi best kau kena pikir anak dalam kandungan, kesihatan anak dalam kandungan dan juga kau beli semua produk kesihatan untuk kebaikan anak kau dalam kandungan dengan duit kau sendiri sebab kau ada kerja kan. Bila kau tidak boleh keluar sebab tidak pandai memandu dan juga tiada lesen kereta, kau terpaksa minta tolong dia untuk beli barang dan siap bagi duit lebih lagi incase duit tidak cukup sebab kau tahu dia tidak akan bare the balance kalau duit kau tidak cukup. Bila dia balik rumah dan kau minta baki sebab harga barang itu kurang dari duit yang kau bagi tetapi dia tidak bagi pun baki duit kau balik dengan berbagai alasan. Cuba kau bayangkan itu satu barang dan kalau lagi banyak barang kau rasa berapa banyak duit kau dia yang dah ambil silap hari bulan kau pun boleh bankrup. Kau pun tak pernah rasa duit dia dan kau pun kena bayar duit sewa rumah, duit perjalanan kau pergi ke tempat kerja dan balik daripada tempat kerja dan juga makanan yang kau makan kat tempat kerja, senang-senang dia ambil duit kau macam itu sahaja. Banyak cantik muka dia kan tetapi tidak hensem pun.
Suatu hari kau rasa macam tetiba sakit sangat dekat bahagian rahim kau yela macam kau cramp bila period macam itu kau rasa tapi sakit itu lagi sakit dan selang 10minit sakit itu makin lama makin sakit sedangkan kau lihat kelender due date kau dua minggu lagi dan dalam pikiran kau mesti terpikir 'eh tak tak kan aku nak besalin da' dan kau dekat cik Google tanda-tanda bersalin dan ternampak tanda itu sama macam kau alami sekarang. Kau terus panggil suami kau dari ruang tamu sebab kau dalam bilik tengah menahan sakit yang teramat sakit sambil laung 'abang, ayang rasa sakit sangat ni' dan kau rasa dia balas macam mana? Mungkin macam dalam dramakan terus pergi dekat isterinya sambil risaukan isterinya, tanyakan isterinya sambil dukung terus bawa pergi hospital kan? In your dream la sebab realitinya ha macam ni dia balas 'nanti nak pergi hospital bagitau tau' macam itu dia balas sambil main game kat PS3 tanpa rasa hendak tutup game itu dan dan jenguk kau itupun hanya laungan balasan daripada dia sahaja. Bila kau berkeras minta pergi hospital baru dia tutup game itu sambil cakap 'abang tak habis main game lagi kacau saja' dan sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Masa pantang pula, wah depan orang bukan main hebat nampak macam suami mithali jaga anak sungguh-sungguh, basuh baju anak dan sidai baju anak. Tetiba ada pulak duit hendak beli barang makanan untuk kau yang tengah berpantang tetapi hakikatnya kau terseksa sebab bayangkan nak dekat akhir-akhir kau pantang boleh dia minta bersama gila ke hapa. Tidak bagi dia marah kau pastu sanggup dia hendak pergi sangat buka puasa dengan kawan futsal dia yang satu office dan kau halang dia sebab nak dia jaga kau tetapi kau kena maki hamun daripada dia macam kawan-kawan dia isteri dia dan kau macam hamba dia sahaja. Luluh hati kau kan diperlakukan begitu walaupun masa birthday kau yang jatuh pada waktu pantang, dia bagi kau handbag tapi bentuk beg galas dan juga kad tetapi memang kau rasa macam sedih juga. Sedih sebab bukan terharu tetapi sedih sebab dia buat kau lebih teruk kenapa tetiba baik ini mesti ada apa-apa kan.
Bersambung...
World Full Of Hardest
Sunday, July 8, 2018
Wednesday, December 25, 2013
Di Hari Majlis Pertunangan...
Saya ingin berkongsi kegembiraan dengan semua pembaca blog saya yang dikasihi kerana akhirnya saya sah menjadi tunangan kepada encik tunang tersayang saya lebih seminggu yang lalu. Bukan hendak melambatkan khabar gembira ini tetapi saya terhimpit dengan assignment yang kena hantar, presentation dan juga mid term test al maklumlah saya masih student lagi tetapi tak lama lagi saya akan menghabiskan pengajian saya sebab saya sudah berada di tahun akhir dan semester akhir. YIPPIEEEE....
Persiapan sebelum hari pertunangan saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut oleh kerana persiapannya agak kelam kabut dan tiada gambar yang saya dapat tangkap. Sedih kan? Tapi tidak apa kerana yang penting adalah masa hari pertunangan itu sendiri. Ok di sini saya ingin menceritakan keronologi peristiwa di hari pertunangan saya pada hari Sabtu 14/12/2013:
1. Persiapan katering dan juga kemah telah didirikan untuk menyambut tetamu. Warna kemah putih hijau tetapi ini bukanla tema warna untuk majlis pertunangan sebab family saya tiada tema khusus untuk majlis pertunangan ini.
2. Baju yang ditempah khas dan juga alat solek yang disediakan oleh mak andam untuk pertunangan saya. Saya telah menempah mak andam oleh kerana saya takut tak cukup masa untuk saya menyiapkan diri saya dan untuk mengelakkan keadaan menjadi kelam kabut.
3. Rombongan pihak lelaki baru datang dan juga perbincangan antara kedua-dua belah pihak. Setelah perbincangan kata sepakat telah dipersetuji.
4. Pihak lelaki membawa tiga dulang hantaran dan pihak perempuan membalas lima dulang hantaran. Antara hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki: Ferrero Rocher, Macaroon, Cincin Tunang. Antara hantaran yang dibalas oleh pihak perempuan : Buah-buahan, Ferrero Rocher, Kek Tiramisu, Wajik, Cupcake.
5. Sesi sarung cincin dan juga abah mak pihak lelaki dan juga ayah ibu pihak perempuan bergambar selepas sesi sarung cincin and I AM OFFICIALLY ENGAGE.
7. Keluarga, semua lelaki, semua perempuan dan juga keluarga besar saya bergambar sekali sampai condong ke kanan dan ke kiri dibuatnya.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. FYI encik tunang tersayang saya tiada di dalam gambar ini oleh kerana kami mengikuti adat lama yang menyatakan bahawa tunang lelaki tidak perlu datang ke majlis pertunangan hanya rombongan pihak lelaki sahaja yang datang. Di sini saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada ibu saya yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pertunangan saya (love you ibu), tukang jahit yang dapat menyiapkan baju saya tepat pada masanya walaupun banyak dugaan, tukang jahit yang menyiapkan shawl saya dengan cepat untuk pertunangan ini, mak andam saya kerana makeupkan saya dan juga membelit-belit tudung saya walaupun tak tahu gaya apa, photographer yang mendera saya untuk membuat pose yang tidak dapat saya kongsikan dan juga melayan kerenah gila-gila saya. Tak dapat saya membalas jasa semua orang tapi saya menghargai setiap apa yang semua orang laukan sehingga majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar. LOVE YOU ALL SO MUCH.... XOXO...
Monday, November 11, 2013
Rombongan Merisik dan Dirisik...
Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya sehari lepas saya dirisik oleh orang tua kekasih saya. Tak sangka cepat sahaja sebabnya kita berdua baru setahun kenal tapi dah kuasa Allah jua kan tetapi ada perasaan sedih sebab saya tak ada masa saya dirisik. Macam-macam perasaan yang ada dalam hati ini tapi terima kasih kepada AAG sebab sudi datang dan juga bawa kuih acra berlauk. Sedapnya kuih arca berlauk. Hehehe... Tak lupa juga ada juga cerita kelakar disebaliknya. Tapi ada beberapa keping gambar yang saya boleh kongsikan semasa risik merisik berlaku.
P/S: Minta maaf sebab lambat update sebab busy dengan study dan gambar dicreditkan kepada kakak saya sebab kakak saya yang jadi tukang tangkap gambar...
![]() |
Ibu saya dengan mak AAG... |
![]() |
AAG dan abah AAG sempat senyum... |
![]() |
Tengah bincang... |
![]() |
Senyum lebar AAG... |
![]() |
Ayah saya (baju kemeja kotak)... |
![]() |
Pihak belah wanita muka senyum... |
![]() |
Tapi pihak belah lelaki muka serius... |
![]() |
Waktu makan.. |
P/S: Minta maaf sebab lambat update sebab busy dengan study dan gambar dicreditkan kepada kakak saya sebab kakak saya yang jadi tukang tangkap gambar...
Sunday, October 27, 2013
Sinopsis Tercipta Bahagia Untukku...
Perkenalan
Naurah Qisya dengan Izzuddin Harraz yang bermula dari laman jodoh di internet
telah menyemai benih-benih cinta di hati mereka dan mengambil keputusan yang
cepat untuk menjadi sepasang kekasih selepas genap sehari perkenalan mereka.
Naurah Qisya tertarik dengan Izzuddin Harraz kerana sikap Izzuddin Harraz yang
baik hati dan sanggup buat apa sahaja demi Naurah Qisya walaupun Izzuddin
Harraz tidak sekacak dan setampan bekas kekasih lamanya, Mikayil Zahwan. Perwatakan
Izzuddin Harraz yang menyenangkan membuat Naurah Qisya tidak mengambil masa
yang lama untuk menerima lamaran Izzuddin Harraz untuk menjadi peneman
cintanya.
Percintaan
mereka penuh dengan warna-warni dan hanya gelak tawa, usik mengusik antara
mereka membuatkan cinta mereka semakin mekar. Mereka juga telah berjumpa dengan
ibu bapa masing-masing bagi meminta restu dan juga membuktikan bahawa mereka
serius antara satu sama lain. Izzuddin Harraz telah mengambil keputusan untuk
melamar Naurah Qisya menjadi pemaisurinya setelah genap setahun mereka
berkenalan kerana dari hari pertama lagi Izzuddin Harraz merasakan bahawa
Naurah Qisya adalah wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya. Begitu juga
Naurah Qisya yang tidak teragak-agak menerima cinta Izzuddin Harraz kerana
Izzuddin Harraz sahaja yang berjaya membuka hatinya kembali untuk menerima
cinta setelah kegagalan cintanya dengan Mikayil Zahwan.
Tetapi
segalanya berubah apabila Mikayil Zahwan muncul kembali di dalam hidup Naurah
Qisya setelah setahun menyepikan diri dengan pelawaan menjadi kawan Naurah
Qisya di dalam Facebook. Naurah Qisya dengan secara tidak sengaja menerima pelawaan
untuk menjadi kawan daripada Mikayil Zahwan oleh sebab Naurah Qisya mahu
pembayaran hutang Mikayil Zahawan
dengannya diselesaikan secepat mungkin kerana sudah bertahun-tahun
Mikayil Zahwan menyatakan bahawa dia berjanji hendak membayar hutangnya tetapi
sampai sekarang janji hanya tinggal jani.
Tidak
lama kemudian, Izzuddin Harraz mendapat tahu bahawa kekasih hatinya telah
menjadi kawan dengan bekas kekasih di Facebook. Adakah Izzuddin Harraz marah
dengan sikap Naurah Qisya? Adakah perhubungan mereka akan terputus di tengah
jalan? Adakah Mikayil Zahwan akan melamar Naurah Qisya menjadi kekasih hatinya
kembali? Segalanya akan terjawab dalam Terciptakah Bahagia Untukku.
Monday, April 1, 2013
His Graduation Day...
Setelah nak dekat setengah tahun berlalu baru nak update pasal graduation. Kenapa saya cakap pasal graduation? Sebab acara inilah yang pertemukan saya dengan mak dan abah dia. Mula-mula rasa nerves juga dan macam-macam gak pikir kemungkinan sampai tak nak pergi pun ada. Tapi apabila hati ini sudah sayang pada dia dan nak melihat sendiri penerimaan mak dan abah dia, akhirnya gagah juga kaki ini pergi ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya.
Perjalanan ke Putrajaya mengambil masa selama sejam oleh kerana tempat dia agak jauh dari Kuala Lumpur (KL). Hanya mengunakan public transport yang ada sebab cepat, mudah, menjimatkan masa dan juga murah kalau nak dibandingkan driving ke sana dengan duit minyak tambah tol lagi mahal kan. Saya mengambil empat public transport ke sana. Masa di KL saya mengambil bas RapidKL dan mengambil LRT dan juga KLIA Express. Sampainya di Putrajaya, saya mengambil bus ke PICC.
Perjalanan yang memenatkan tapi bila sampai saja di dalam PICC, hati rasa excited pula nak berjumpa dengan dia. Mata asyik meliau cari sana sini kalau jumpa dia dalam lautan manusia yang datang masa graduation day itu. Boleh dikatakan banyak tak terkira sampai tak nampak mana dia. Handphone pun asyik kat tangan takut sesatkan walaupun sudah pernah pergi ke PICC ini. Bukan sekali tapi dua kali itupun graduation saya sendiri dan juga exhousemate masa kolej yang diadakan tahun yang berturut-turut.
Mula-mula call tapi dia tak angkat dan hati juga sudah risau pikirkan mana dia pergi. Saya sudah berkira mahu balik kalau dia tak angkat call saya dan jumpa saya sebab saya sorang-sorang tak ada teman. At last call dia baru dia menjawab dan selepas tu nampak la kelibat dia datang ke arah saya. Tapi yang mengejutkan dia seorang je jumpa saya. Saya bertanya dan kami berborak lama gak sampai kawan dia panggil suruh masuk dalam dewan baru dia pergi meninggalkan saya. Tinggal la saya seorang diri lagi.
Saya mencari-cari kalau ada tempat yang boleh melihat perjalanan acara itu berlangsung sebab saya tidak boleh masuk ke dalam dewan kerana tiada pas masuk. Setelah lama round-round mencari, akhirnya jumpa juga screen yang menunjukkan acara itu berlangsung dan ada juga disediakan kerusi untuk duduk. Tak payah la penat-penat bersila di bawahkan. Tiba-tiba ada seorang tukang jaga dewan kot yang cakap kat saya kalau nak masuk ke dalam dewan boleh sebab ada lagi 200 tempat kosong. Bila mendengar khabar tu saya apatah lagi dengan rasa gembira yang teramat sangat cepat-cepat pergi naik ke dewan sebab tak nak lepaskan peluang keemasan. Masuk tanpa pas sebeb ada tempat lagi. YIPPIE!!! Tapi sebelum naik ke atas saya sempat beli sejambak bunga untuk dye bagi mengucapkan tahniah atas graduation dia. Bantai je bagi walaupun dia lelaki sebab situ je jual bunga dan teddy bear.
Dia pun asyik sms saya mana saya dan macam-macam la soalan ditanya. Saya rasa diri disayangi sebab dia mengambil berat tetang keadaan saya. So sweet... Saya duduk yang paling belakang sekali di dalam dewan itu sebab tak nak menganggu mak bapak orang lain yang telah duduk di tempat masing-masing dan juga takut terserempak dengan mak dan abah dia sebab masih belum bersedia lagi.
Dia pun asyik sms saya mana saya dan macam-macam la soalan ditanya. Saya rasa diri disayangi sebab dia mengambil berat tetang keadaan saya. So sweet... Saya duduk yang paling belakang sekali di dalam dewan itu sebab tak nak menganggu mak bapak orang lain yang telah duduk di tempat masing-masing dan juga takut terserempak dengan mak dan abah dia sebab masih belum bersedia lagi.
![]() |
UniKL gak... |
Sepanjang perjalanan konvokesyen berlangsung, rasa bosan dan mata asyik tengok jam bila lah nak habis. Tapi bila sampai giliran dia tetiba mata yang ngantuk rasa segar bugar sebab dapat tengok orang yang tersayangkan ambil segulung diploma. Lepas dia berlalu rasa ngantuk balik dan berkira-kira bila lah nak habis. Lepas tamat acara konvokesyen itu, saya cepat-cepat keluar dari dewan sebab tak sabar nak jumpa dia. Saya siap standby kat depan pintu dewan yang khas untuk para graduan keluar masuk itu dengan sejambak bunga di tangan dan berharap agar dia suka pemberiaan saya yang tidak seberapa.
Lepas dia keluar saya terus bagi sejambak bunga kat dia. Nampak senyuman di bibirnya pun sudah cukup menyatakan bahawa dia suka dengan pemberiaan saya. Lepas itu dia call mak dan abah dia sebab nak jumpa. Semasa mengikuti dia, saya bertanya kepada dia dan dia cakap jangan risau. Cuba jangan risau tetapi hati ini asyik berdebar je. Pikiran negatif juga sentiasa menghantui.
Sampai sahaja depan mak dan abah dia, sangkaan saya meleset sama sekali sebab mak dan abah dia terima saya dengan hati yang terbuka dan banyak juga soalan yang mak dan abah dia tanya pada saya tapi semua itu saya jawab dengan tenang. Mak dan abah dia membiarkan saya meneman dia pergi menangkap gambar graduation tanpa mak dan abah dia. Yes dah dapat GREEN LIGHT la tue... Selepas selesai dia menangkap gambar dan berjumpa dengan kawan dia, kita berdua jumpa balik dengan mak dan abah dia. Abah dia nak menangkap gambar kenangan dia graduate, so abah dia suruh mak dia berdiri di sebelah dia dan saya nak bagila laluan untuk anak beranak bergambar tetapi yang mengejutkan saya, abah dia suruh masuk sekali untuk mengambil gambar.
Lepas kami nak bergambar, abah dia pun nak bergambar dengan anak dia. So, saya pula jadi tukang ambil gambar mereka pula.
Penerimaan mak dan abah dia cukup membuat saya hilang darah gemuruh tapi yang paling penting kalau nak perkenalkan kekasih korang, bawalah mereka jumpa mak bapak pada time acara macam ni sebab inilah masa yang paling sesuai dan hendak melihat juga tahap keseriusan kekasih korang terhadap hubungan korang....
P/S: Gambar ini dicreditkan kepada abah dia sebab camera abah dia. Hehehe...
Lepas dia keluar saya terus bagi sejambak bunga kat dia. Nampak senyuman di bibirnya pun sudah cukup menyatakan bahawa dia suka dengan pemberiaan saya. Lepas itu dia call mak dan abah dia sebab nak jumpa. Semasa mengikuti dia, saya bertanya kepada dia dan dia cakap jangan risau. Cuba jangan risau tetapi hati ini asyik berdebar je. Pikiran negatif juga sentiasa menghantui.
Sampai sahaja depan mak dan abah dia, sangkaan saya meleset sama sekali sebab mak dan abah dia terima saya dengan hati yang terbuka dan banyak juga soalan yang mak dan abah dia tanya pada saya tapi semua itu saya jawab dengan tenang. Mak dan abah dia membiarkan saya meneman dia pergi menangkap gambar graduation tanpa mak dan abah dia. Yes dah dapat GREEN LIGHT la tue... Selepas selesai dia menangkap gambar dan berjumpa dengan kawan dia, kita berdua jumpa balik dengan mak dan abah dia. Abah dia nak menangkap gambar kenangan dia graduate, so abah dia suruh mak dia berdiri di sebelah dia dan saya nak bagila laluan untuk anak beranak bergambar tetapi yang mengejutkan saya, abah dia suruh masuk sekali untuk mengambil gambar.
![]() |
Muka serius... |
![]() |
Senyum sikit... |
![]() |
UniKL yang penting... |
P/S: Gambar ini dicreditkan kepada abah dia sebab camera abah dia. Hehehe...
Thursday, February 21, 2013
Sedih Dipulaukan...
Kadang-kadang saya terpikir apa salah saya sampai semua orang tak nak bercakap dengan saya. Saya tak pernah menyakiti hati mereka tapi mereka tidak mahu bercakap dengan saya kalau pandang pun tak cakap apa-apa. Rasa sedih, perit dan macam-macam perasaan berbolak balik di dalam hati ini.
Betapa seronoknya melihat orang lain dengan rakan-rakan mereka. Kalau terlihat sesama sendiri akan menjadi perbualan yang hangat di antara mereka. Tidak kurang juga mereka berjalan dan singgah ke tempat rakan mereka untuk diajak rehat sesama dan juga untuk berborak tentang kerja ataupun selain dari kerja.
Tipulah kalau cakap tiada cemburu dalam hati. Tapi apa boleh buat? Hanya boleh simpan sedih dalam hati sorang-sorang. Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya macam mana hati ini. Kadang-kadang pernah juga terpikir untuk lari dari situasi ini tapi hendak buat macam mana kena redah juga sehingga penghabisan.
![]() |
Kesepian |
Bukan hendak menyombong diri atau duduk dalam kongkongan diri sendiri tapi inilah realiti yang perlu ditelan. Memang pernah cuba berbagai-bagai cara tetapi tidak berhasil. Ada juga yang berhasil tapi tak sampai tiga hari saja mereka seolah-olah memulau diri ini. Mula-mula, saya memperkenalkan mereka antara satu sama lain sebab mereka budak baru kan dan ingat bolehlah jadikan kawan tetapi setelah mereka kenal lebih rapat, saya seolah-olah mereka tak nampak dan tak wujud.
Bukannya nak menungkit ke apa. Tak ada niat di hati pun tetapi ingat la orang kat sini juga dan ingat la jasa orang ini yang pertemukan korang kalau tak korang tak kenal pun. Terhiris hati ini macam di hiris dengan parang je.
Ini terjadi kalau saya berkawan di kalangan orang melayu sebab MELAYU MUDAH LUPA bak kata Tun Mahathir. Orang melayu juga suka pilih bulu. Kalau tak serasi sampai bila2 pun tak serasi dan mereka tidak boleh menerima orang yang lain perwatakan daripada mereka. Tapi kalau di antara kalangan orang melayu kalau ada yang popular ke, pandai ambil hati orang ke dan pandai juga jaga hati orang ke barulah orang berlumba-lumba nak kawan dengan orang macam perwatakkan itu. Sebab apa? Selesa berkawan dan ada juga untuk menumpang populariti orang itu.
Tapi sebaliknya kalau berkawan dengan orang cina atau india. Mereka tidak memilih sangat untuk berkawan dengan siapa. Mereka lebih open minded dan juga lebih cakap benar dari orang melayu yang suka berbohong. Mereka lebih friendly dan sebab itulah saya lebih rela berkawan dengan cina dengan india berbanding orang melayu sendiri.
![]() |
1 Malaysia |
Saya tau diri saya macam mana. Perwatakan saya lain dari orang melayu sendiri sebab itu saya rasa saya tidak diterima di kalangan orang melayu sendiri. Memang saya mengaku saya ini straight forward, blur, tak pandai ambil hati, lepas cakap yang pedas-pedas (itupun atas sebab munasabah), banyak cakap, muka masam mencuka, kelakar dan juga ada kalanya pendiam. Kadang-kadang ada orang suruh saya berubah perwatakan saya untuk mengikuti macam mana orang melayu sekarang punya perwatakan tetapi saya tak boleh sebab saya tak nak hipokrit pada diri sendiri dan juga orang lain. Biarlah saya menunjukkan pewatakan saya yang sebenar daripada BANGKAI GAJAH KALAU NAK DITUTUP PUN AKHIRNYA TERBUKA JUGA.
Saya berharap sangat orang melayu ubahla mentaliti korang sebab itu tak akan kemana-mana. Sifat berpuak-puak atau dikenali juga sebagai pilih bulu yang ada di dalam kalangan orang melayu sama ada di sekolah, kolej, universiti dan di tempat kerja haruslah dihapuskan. Ini kerana tidak tahu sama ada orang itu terluka hatinya disebabkan perwatakan korang. Memang bagi korang biasa sebab dia senyap tapi mana tau dia saja yang merasa sebab hatinya sendiri. Janganlah berasa megah diri ataupun berasa nak lebih pandai dari orang lain. Memang bagus tapi adakalanya juga terlamapu sangat takut membawa kepada riak, takbur dan sombong.
![]() |
Dipulaukan rakan-rakan |
Wednesday, January 9, 2013
Internship...
Lama sudah tak menjeguk blog kesayangan saya sampai berhabuk dan bersawang bagai. Hahahaha... Sebab semenjak intern, saya sudah tak ada masa lapang lagi kerana semua masa saya dipenuhi dengan kerja...kerja dan kerja sahaja. Sekarang ada juga masa lapang sebab mencuri masa yang ada kalau tak jangan harap la ada masa lapang.
Ok berbalik pada topik kali ini, saya hendak membawa kamu semua mengenali internship yang tengah saya jalani pada masa kini. Maksud internship ialah satu latihan amali atau lebih dikenali sebagai praktikal. Tujuan internship adalah untuk mendedahkan pelajar tahun akhir sama ada di universiti awam ataupun swasta kepada alam perkerjaan yang sebenar supaya pelajar dapat bersedia dari segi mental dan fizikal mereka yang luar dari bidang pembelajaraan mereka ataupun ada sedikit kaitan dengan pembelajaran mereka yang telah mereka pelajari sebelum menjalani internship. Ini supaya mereka tidak menjadi seperti 'rusa masuk kampung' kerana tidak didedahkan kepada alam perkerjaan sebelum mereka menjejakan kaki kepada alam perkerjaan yang sebenar setelah mereka tamat pengajian dari universiti.
Hari ini sudah masuk hari keenam saya menjalani intern saya di audit firm. Nama audit firm yang saya sedang menjalani intern ialah CHRISTOPHER HENG & CO. yang terletak di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh. Bagi saya ini adalah satu cabaran yang amat besar walaupun sebelum ini saya pernah menjalani intern atau praktikal di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Ini adalah kerana tempat itu jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur dan saya terpaksa mengambil dua penangkutan awam yang berbeza dari tempat tinggal saya ke tempat intern saya.
![]() |
Tempat memulakan perjalan yang pertama |
![]() |
Tempat persinggahan yang pertama |
![]() |
Tempat memulakan perjalanan yang kedua |
Sepanjang perjalanan saya menaiki bas saya dapat mencuci mata melihat tempat-tempat yang saya tak pernah lawati sepanjang hidup saya. Bagi saya jauh perjalanan kita semakin luas pandangan kita. Dengan hanya menaiki bas memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana saya pernah terlajak tempat berhenti dari tempat intern saya. Tindakan saya buat adalah turun dari bas dan berjalan kaki ke tempat intern. Bukannya dekat tapi jauh juga la saya berjalan dari tempat saya berhenti ke tempat intern. Walaupun penat berjalan tetapi ia bagi pengajaran kepada saya supaya alert kepada tempat sekitar yang berdekatan dengan tempat intern saya supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk kedua kalinya.
Tempat intern |
Tempat intern saya di dalam bangunan Kompleks Mutiara. Yang paling saya suka tentang bangunan ini senang untuk saya mencari makanan dan tak perlu berjalan jauh kerana bangunan ini ada 3 dalam 1, terdiri daripada shopping mall, apartment dan juga office suites. Memang berbaloi la bagi orang yang bekerja di sini dan juga mereka yang tinggal di sini.
Office hour bagi tempat intern saya adalah berbeza dari waktu biasa office lain adalah seawal 8.30pagi dan 5.30petang waktu untuk pulang. Ada juga overtime sampai pukul 9.00malam tapi setakat ini pelajar intern macam saya belum lagi perlu overtime seperti pekerja biasa di dalam company itu. Selalunya saya akan sampai awal di office pada pukul 8.15pagi. Ini adalah kerana saya mahu mereka melihat saya dari segi cara saya bekerja dan menepati masa. Saya tidak mahu mereka menanggap saya budak intern yang tdak bertanggungjawab. Bila saya diberi tanggungjawab saya akan sedaya upaya melunaskan mengikuti kemampuan saya.
Memang best la setakat ini menjadi audit trainee kerana ia memberi cabaran baru. Bukan senang menjadi audit trainee sebab saya dan seorang lagi pelajar intern dari universiti yang berbeza diberi sebuah company untuk kami berdua mengaudit account mereka dan dateline yang saya kena submit adalah hari jumaat ini. Banyak juga kerja-kerja yang saya dan pelajar itu perlu buat untuk mengejar dateline yang semakin suntuk ini. Kalau saya tidak tahu sesuatu pekara saya akan mendapat tunjuk ajar pekerja ataupun supervisor saya kerana apabila mendapat tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman daripada saya, saya akan tahu membuat kerja itu dengan tepat. Jangan sombong untuk meminta tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman sebab mereka lagi suka kita bertanya apa yang kita tidak tahu atau tidak faham.
![]() |
Belajar dari orang lain... |
Subscribe to:
Posts (Atom)