Perkenalan
Naurah Qisya dengan Izzuddin Harraz yang bermula dari laman jodoh di internet
telah menyemai benih-benih cinta di hati mereka dan mengambil keputusan yang
cepat untuk menjadi sepasang kekasih selepas genap sehari perkenalan mereka.
Naurah Qisya tertarik dengan Izzuddin Harraz kerana sikap Izzuddin Harraz yang
baik hati dan sanggup buat apa sahaja demi Naurah Qisya walaupun Izzuddin
Harraz tidak sekacak dan setampan bekas kekasih lamanya, Mikayil Zahwan. Perwatakan
Izzuddin Harraz yang menyenangkan membuat Naurah Qisya tidak mengambil masa
yang lama untuk menerima lamaran Izzuddin Harraz untuk menjadi peneman
cintanya.
Percintaan
mereka penuh dengan warna-warni dan hanya gelak tawa, usik mengusik antara
mereka membuatkan cinta mereka semakin mekar. Mereka juga telah berjumpa dengan
ibu bapa masing-masing bagi meminta restu dan juga membuktikan bahawa mereka
serius antara satu sama lain. Izzuddin Harraz telah mengambil keputusan untuk
melamar Naurah Qisya menjadi pemaisurinya setelah genap setahun mereka
berkenalan kerana dari hari pertama lagi Izzuddin Harraz merasakan bahawa
Naurah Qisya adalah wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya. Begitu juga
Naurah Qisya yang tidak teragak-agak menerima cinta Izzuddin Harraz kerana
Izzuddin Harraz sahaja yang berjaya membuka hatinya kembali untuk menerima
cinta setelah kegagalan cintanya dengan Mikayil Zahwan.
Tetapi
segalanya berubah apabila Mikayil Zahwan muncul kembali di dalam hidup Naurah
Qisya setelah setahun menyepikan diri dengan pelawaan menjadi kawan Naurah
Qisya di dalam Facebook. Naurah Qisya dengan secara tidak sengaja menerima pelawaan
untuk menjadi kawan daripada Mikayil Zahwan oleh sebab Naurah Qisya mahu
pembayaran hutang Mikayil Zahawan
dengannya diselesaikan secepat mungkin kerana sudah bertahun-tahun
Mikayil Zahwan menyatakan bahawa dia berjanji hendak membayar hutangnya tetapi
sampai sekarang janji hanya tinggal jani.
Tidak
lama kemudian, Izzuddin Harraz mendapat tahu bahawa kekasih hatinya telah
menjadi kawan dengan bekas kekasih di Facebook. Adakah Izzuddin Harraz marah
dengan sikap Naurah Qisya? Adakah perhubungan mereka akan terputus di tengah
jalan? Adakah Mikayil Zahwan akan melamar Naurah Qisya menjadi kekasih hatinya
kembali? Segalanya akan terjawab dalam Terciptakah Bahagia Untukku.