Monday, September 3, 2012

My Inspired Untuk Berubah Menjadi Lebih Matang...

Selalu persoalan terbit di minda. Susah sangat ke nak berubah? Yela sebab sudah lama hidup dalam keselesaan dan nak keluar dari zon itu agak payah la tapi nasib baik ada penguat semangat kini. Macam lagu penghujung cintaku. Ini apa kena mengena lagu penghujung cintaku dengan berubah? Saja je nak perkenalkan 'my inspired' selepas family untuk berubah jadi lebih matang dan menempuh hari-hari yang mendatang dengan cara yang dewasa dan tidak lagi terikut dengan cara kebudak-budakan.

Me and 'my inspired'

Jatuh bangun selalu 'my inspired' ada disisi. Tidak tinggalkan saya begitu sahaja. Alhamdulillah untuk kali ini family saya tiada halangan dan senang menerima dia. Lagipun family saya terutama ayah saya yang memberi dia 'task' untuk menjaga dan mengubah saya menjadi seorang wanita yang matang. So sweet my lovely father... Walaupun 'my inspired' tahu saya punya perangai macam mana dia tetap ada disisi dan memberi saya semangat walaupun saya tengah tension dan ada kalanya berputus asa dengan kehidupan. Bestnya dia dah dapat 'green light' daripada family saya. Tahniah awak... Saya tak tahu macam mana lagi dan mulai sekarang saya berusaha nak berubah sebab untuk menghadap family dia pula yang tak tahu bilanya nak jumpa. Persediaan tu penting sebelum hendak berjumpa dengan family dia terutamanya mak dia. Takut rasanya...


Kata-kata semangat untuk diri sendiri

Ini petikan cara-cara untuk berubah menjadi lebih matang:

1. Mula fikirkan orang lain
Kalau sebelum in kita asyik fikirkan diri kita sahaja dan tak kisah sangat dengan orang sekeliling kita, cuba ubah habit ini. Kalau sebelum ni kita leka dengan cerita diri sendiri, kita boleh start dengan berhenti asyik bercerita tentang diri kita sahaja bila lepak dengan kawan-kawan sebaliknya biarkan kawan-kawan share cerita dia orang pula dengan kita. Bila kita mula mendengar, kita akan mula memahami kawan-kawan kita.

2. Cuba berkawan dengan orang baru
Kalau sebelum ni kawan-kawan kita semuanya tak berapa matang sama macam kita, cuba berkawan dengan orang yang lebih matang supaya kita boleh mencontohi tingkahlaku mereka yang baik. Mereka yang matang ini boleh bantu kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dengan cara yang lebih matang.

3. Set matlamat hidup
Orang yang kurang matang ni biasanya cuma fikirkan masa sekarang dan kurang fikirkan tentang masa depan. Cuba set matlamat hidup kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu selalu buang masa dengan sesuatu yang tak berfaedah, sekarang bila dah ada matlamat masa kita akan terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dengan kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan mula berfikir dan bertindak dengan lebih matang.

Mulai hari ini, saat ini kena berubah sebab macam 'my inspired' cakap:

"Awak kena jadi lebih matang sebab ini pun untuk kebaikan awak dan yang dapat benefitnya pun diri awak juga bukan orang lain."

Bila pikir-pikarkan balik betul juga apa yang diperkatakan oleh 'my inspired'. Thanks awak sebab sanggup menempuh senang dan susah bersama saya. I appreciate that. Saya harap hubungan kita dapat pergi ke fasa seterusnya...

4 comments:

  1. Assalammualaikum.. akak.. cmna sy nk ubah diri saya mnjadi lebih matang serta membuat sifat suka berprasangka buruk dekat orang lain..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. akak.. cmna sy nk ubah diri saya mnjadi lebih matang serta membuat sifat suka berprasangka buruk dekat orang lain..

    ReplyDelete
  3. adkh sikap hppy go lucky kurang matang?

    ReplyDelete
  4. Pendapat saya, Happy-do-lucky merupakan sikap yang kebanyakan orang ramai akan selesa sebab peramah bukan? Tetapi perlu diselitkan sikap berjaga jaga dengan tuturan kata dan tingkah laku. Jika berlebihan, anggapan orang pada kita gedik dan annoying. Bagus happy-do-lucky tuakan tetapi kita perlu tengok masa dan keadaan juga..serta orang sekeliling juga perlu kita titikberatkan. :) Sekian.

    ReplyDelete