Sunday, July 8, 2018

Perkahwinan Tak Macam Dalam Drama (Part 1)

Kenapa perkahwinan ini tidak macam dalam drama? Yela selalunya orang belum kahwin terutamanya yang selalu duduk tengok drama sambil membayangkan alangkah indahnya perkahwinan dan akan ada happy ending tetapi semuanya hanyalah tipu belaka. Kita ambil pendekatan memang ada masa happy macam drama tetapi itu hanyalah awal-awal selepas berkahwin and the suffer is real akan bermula antara enam bulan atau selepas setahun perkahwin masa itu perangai sebenar pasangan kita akan keluar.

Masa itu memang akan rasa macam 'eh menyesalnya aku kawin dengan si dia' tetapi nak buat macam mana tidak boleh patah balik sudah dan lagi parah apabila engkau sebagainya isterinya yang tengah mengandungkan anak sulungnya iaitu suami kau tidak mempedulikan kau langsung yang dia peduli hanyalah anak yang tengah kau kandung. Masa awal-awal mengandung pun dia buat muka tidak peduli pun bila kau tunjuk pregnancy test yang ada dua garisan tetapi dia cakap 'dah tau dah' sambil tunjuk muka biasa sahaja dan kena gaduh juga dengan dia sebelum hendak beli pregnancy test. Sadisnya, kau juga tidak dibawa bercuti, berjalan-jalan dan juga tidak diberikan nafkah terus macam dipenjara sahaja walaupun kena duduk rumah sudah macam boleh buat novelkan?

Teruknya dia, kau rasa? Lagi teruk kawan-kawan kau dan juga kaum keluarga yang labelkan dia sebagai suami soleh dan baik sangat sebenarnya lagi jahat sangat perangainya daripada bekas kekasih pertama kau dulu yang semua orang cakap 'eh tak payahlah teringat dekat bekas kekasih kau sebab kau dah dapat orang yang sangat baik dan soleh' tetapi suami kau itu hanyalah pandai berpura, depan orang baik sangat macam ibarat pijak semut pun tak mati tetapi belakang orang dan di depan kau tu ha keluarlah perangai jahat sangat dia yang tersimpan daripada orang lain.

Makin lama kau dalam perkahwinan dengan dia makin banyak perangai jahat sangat dia yang terkeluar. Tidak sampai setahun kau kahwin dengan dia, dia sudah berani pukul engkau sebab kau hanya mengajak dia temankan kau beli baju sahaja. Logik tak perbuatan dia terhadap kau? Fikirla korang semua ye tetapi kau tipu keluarga dengan bercakap lebam dekat bibir dan bibir yang bengkak itu disebabkan kau jatuh oleh kerana kau hendak tutup aib suami kau dan kau tetap sabar. Itu hanya permulaannya sahaja apabila dia sudah pukul kau sekali ingat dia  akan berhenti bila tengok kau sakit? Silapla sebab dia akan terus memukul kau dan menganggap kau wanita lemah yang boleh dibuat sesuka hati dia.

Perjalanan sepanjang kau mengandung memang ngeri sebab pukulan daripada dia sudah menjadi macam makanannya sahaja tetapi kau tetap rahsia daripada orang lain disebabkan pandangan orang lain yang melihat suami kau macam mr perfect kononnya walaupun muka tidak hensem. Kalau kau bagitahu juga dekat orang lain mesti orang lain ingat kau reka cerita sahaja dan tidak akan mempedulikan cakap kau lalu kau pun memendam rasa seorang. Sebab itu, kau nak rawat hati kau dengan kau belajar masak dari cik Google supaya masa sunyi kau kat rumah dipenuhi selepas kau balik dari kerja dan juga kau hari-hari masak untuk suami kau. Kau juga tidak lupa berdoa agar suami kau layan kau sebagaimana layaknya seorang isteri yang patut dilayan oleh seorang suami.

Lagi best kau kena pikir anak dalam kandungan, kesihatan anak dalam kandungan dan juga kau beli semua produk kesihatan untuk kebaikan anak kau dalam kandungan dengan duit kau sendiri sebab kau ada kerja kan. Bila kau tidak boleh keluar sebab tidak pandai memandu dan juga tiada lesen kereta, kau terpaksa minta tolong dia untuk beli barang dan siap bagi duit lebih lagi incase duit tidak cukup sebab kau tahu dia tidak akan bare the balance kalau duit kau tidak cukup. Bila dia balik rumah dan kau minta baki sebab harga barang itu kurang dari duit yang kau bagi tetapi dia tidak bagi pun baki duit kau balik dengan berbagai alasan. Cuba kau bayangkan itu satu barang dan kalau lagi banyak barang kau rasa berapa banyak duit kau dia yang dah ambil silap hari bulan kau pun boleh bankrup. Kau pun tak pernah rasa duit dia dan kau pun kena bayar duit sewa rumah, duit perjalanan kau pergi ke tempat kerja dan balik daripada tempat kerja dan juga makanan yang kau makan kat tempat kerja, senang-senang dia ambil duit kau macam itu sahaja. Banyak cantik muka dia kan tetapi tidak hensem pun.

Suatu hari kau rasa macam tetiba sakit sangat dekat bahagian rahim kau yela macam kau cramp bila period macam itu kau rasa tapi sakit itu lagi sakit dan selang 10minit sakit itu makin lama makin sakit sedangkan kau lihat kelender due date kau dua minggu lagi dan dalam pikiran kau mesti terpikir 'eh tak tak kan aku nak besalin da' dan kau dekat cik Google tanda-tanda bersalin dan ternampak tanda itu sama macam kau alami sekarang. Kau terus panggil suami kau dari ruang tamu sebab kau dalam bilik tengah menahan sakit yang teramat sakit sambil laung 'abang, ayang rasa sakit sangat ni' dan kau rasa dia balas macam mana? Mungkin macam dalam dramakan terus pergi dekat isterinya sambil risaukan isterinya, tanyakan isterinya sambil dukung terus bawa pergi hospital kan? In your dream la sebab realitinya ha macam ni dia balas 'nanti nak pergi hospital bagitau tau' macam itu dia balas sambil main game kat PS3 tanpa rasa hendak tutup game itu dan dan jenguk kau itupun hanya laungan balasan daripada dia sahaja. Bila kau berkeras minta pergi hospital baru dia tutup game itu sambil cakap 'abang tak habis main game lagi kacau saja' dan sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Masa pantang pula, wah depan orang bukan main hebat nampak macam suami mithali jaga anak sungguh-sungguh, basuh baju anak dan sidai baju anak. Tetiba ada pulak duit hendak beli barang makanan untuk kau yang tengah berpantang tetapi hakikatnya kau terseksa sebab bayangkan nak dekat akhir-akhir kau pantang boleh dia minta bersama gila ke hapa. Tidak bagi dia marah kau pastu sanggup dia hendak pergi sangat buka puasa dengan kawan futsal dia yang satu office dan kau halang dia sebab nak dia jaga kau tetapi kau kena maki hamun daripada dia macam kawan-kawan dia isteri dia dan kau macam hamba dia sahaja. Luluh hati kau kan diperlakukan begitu walaupun masa birthday kau yang jatuh pada waktu pantang, dia bagi kau handbag tapi bentuk beg galas dan juga kad tetapi memang kau rasa macam sedih juga. Sedih sebab bukan terharu tetapi sedih sebab dia buat kau lebih teruk kenapa tetiba baik ini mesti ada apa-apa kan.

Bersambung...