Lama sudah tak menjeguk blog kesayangan saya sampai berhabuk dan bersawang bagai. Hahahaha... Sebab semenjak intern, saya sudah tak ada masa lapang lagi kerana semua masa saya dipenuhi dengan kerja...kerja dan kerja sahaja. Sekarang ada juga masa lapang sebab mencuri masa yang ada kalau tak jangan harap la ada masa lapang.
Ok berbalik pada topik kali ini, saya hendak membawa kamu semua mengenali internship yang tengah saya jalani pada masa kini. Maksud internship ialah satu latihan amali atau lebih dikenali sebagai praktikal. Tujuan internship adalah untuk mendedahkan pelajar tahun akhir sama ada di universiti awam ataupun swasta kepada alam perkerjaan yang sebenar supaya pelajar dapat bersedia dari segi mental dan fizikal mereka yang luar dari bidang pembelajaraan mereka ataupun ada sedikit kaitan dengan pembelajaran mereka yang telah mereka pelajari sebelum menjalani internship. Ini supaya mereka tidak menjadi seperti 'rusa masuk kampung' kerana tidak didedahkan kepada alam perkerjaan sebelum mereka menjejakan kaki kepada alam perkerjaan yang sebenar setelah mereka tamat pengajian dari universiti.
Hari ini sudah masuk hari keenam saya menjalani intern saya di audit firm. Nama audit firm yang saya sedang menjalani intern ialah CHRISTOPHER HENG & CO. yang terletak di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh. Bagi saya ini adalah satu cabaran yang amat besar walaupun sebelum ini saya pernah menjalani intern atau praktikal di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Ini adalah kerana tempat itu jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur dan saya terpaksa mengambil dua penangkutan awam yang berbeza dari tempat tinggal saya ke tempat intern saya.
![]() |
Tempat memulakan perjalan yang pertama |
![]() |
Tempat persinggahan yang pertama |
![]() |
Tempat memulakan perjalanan yang kedua |
Sepanjang perjalanan saya menaiki bas saya dapat mencuci mata melihat tempat-tempat yang saya tak pernah lawati sepanjang hidup saya. Bagi saya jauh perjalanan kita semakin luas pandangan kita. Dengan hanya menaiki bas memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana saya pernah terlajak tempat berhenti dari tempat intern saya. Tindakan saya buat adalah turun dari bas dan berjalan kaki ke tempat intern. Bukannya dekat tapi jauh juga la saya berjalan dari tempat saya berhenti ke tempat intern. Walaupun penat berjalan tetapi ia bagi pengajaran kepada saya supaya alert kepada tempat sekitar yang berdekatan dengan tempat intern saya supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk kedua kalinya.
Tempat intern |
Tempat intern saya di dalam bangunan Kompleks Mutiara. Yang paling saya suka tentang bangunan ini senang untuk saya mencari makanan dan tak perlu berjalan jauh kerana bangunan ini ada 3 dalam 1, terdiri daripada shopping mall, apartment dan juga office suites. Memang berbaloi la bagi orang yang bekerja di sini dan juga mereka yang tinggal di sini.
Office hour bagi tempat intern saya adalah berbeza dari waktu biasa office lain adalah seawal 8.30pagi dan 5.30petang waktu untuk pulang. Ada juga overtime sampai pukul 9.00malam tapi setakat ini pelajar intern macam saya belum lagi perlu overtime seperti pekerja biasa di dalam company itu. Selalunya saya akan sampai awal di office pada pukul 8.15pagi. Ini adalah kerana saya mahu mereka melihat saya dari segi cara saya bekerja dan menepati masa. Saya tidak mahu mereka menanggap saya budak intern yang tdak bertanggungjawab. Bila saya diberi tanggungjawab saya akan sedaya upaya melunaskan mengikuti kemampuan saya.
Memang best la setakat ini menjadi audit trainee kerana ia memberi cabaran baru. Bukan senang menjadi audit trainee sebab saya dan seorang lagi pelajar intern dari universiti yang berbeza diberi sebuah company untuk kami berdua mengaudit account mereka dan dateline yang saya kena submit adalah hari jumaat ini. Banyak juga kerja-kerja yang saya dan pelajar itu perlu buat untuk mengejar dateline yang semakin suntuk ini. Kalau saya tidak tahu sesuatu pekara saya akan mendapat tunjuk ajar pekerja ataupun supervisor saya kerana apabila mendapat tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman daripada saya, saya akan tahu membuat kerja itu dengan tepat. Jangan sombong untuk meminta tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman sebab mereka lagi suka kita bertanya apa yang kita tidak tahu atau tidak faham.
![]() |
Belajar dari orang lain... |