Saturday, September 8, 2012

Berkawan Kerana Ikhlas Atau Berkawan Kerana Mahu Mengambil Kesempatan...

Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan perwatakan yang berlainan. Ada juga yang saja nak tumpang populariti seseorang itu dan ada juga ikhlas untuk berkawan dengan seseorang itu. Kebanyakkan orang zaman sekarang suka memilih bulu dalam berkawan. Bukan fantasi tapi realiti...

Berkawan...
Orang berkata berkawan biar ikhlas tapi kebanyakkan daripada kita berkawan oleh kerana kesunyian tiada kawan lain sebab itu berkawan dengan orang itu dan apabila jumpa kawan lain, ditinggalkan saja kawan yang telah banyak menolong dia. Begitu juga bila bergaduh, terus cari kawan lain tanpa memperdulikan kawan yang sudah lama dengan dia. Rasa tak adil kan???

Persahabatan...


Di bawah antara ciri-ciri kawan yang ikhlas berkawan dengan kita:

1. Jika kita berbuat baik pada mereka, mereka akan melindungi kita.

2. Jika kita rapatkan persahabatan dengan mereka, mereka akan membalas balik persahatan kita.

3. Jika kita memerlukan pertolongan daripada mereka, mereka akan membantu kita.

4. Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepada mereka, mereka akan menerima dengan baik.

5. Jika mereka mendapat sesuatu bantuan daripada kita, mereka akan menghargai atau menyambut kebaikan kita.

6. Jika mereka melihat sesuatu yang tidak baik daripada kita, mereka akan menutup keburukan kita.

7. Jika kita meminta bantuan daripada mereka, mereka akan mengusahakan untuk membantu kita.

8. Jika kita berdiam diri kerana malu untuk meminta bantuan mereka, mereka akan menanyakan kesusahan awak.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa kita, mereka akan meringankan kesusahan kita.

10. Jika kita berkata kepada mereka, mereka akan membenarkan kita.

Berkawan biar ikhlas...

Di bawah ini pula adalah ciri-ciri kawan yang perlu dijauhi:

1. Kawan yang lupa diri
Spesis ini macam kacang lupakan kulit kerana kawan macam ini memang langsung tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah, cepat-cepat mereka cari kita tapi bila mereka sudah senang, mereka lupakan kita dan tak nak pandang pun kat kita.

2. Kawan yang berlagak
Bajet mereka sempurna dan mereka lupa apa yang mereka ada itu semua pinjaman dari Allah. Mereka juga merendah-rendahkan kredebiliti kita.

3. Kawan yang makan kawan.
Kawan macam ini sanggup buat apa sahaja dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja tanpa memperdulikan kita.

4. Kawan yang hipokrit
Kawan ini spesis yang hipokrit. Mereka menjaja sifat buruk kita dibelakang kita kepada orang lain tapi bila depan kita buat-buat macam menyebelahi dan baik sangat dengan kita di depan orang lain.

5. Kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati
Kawan macam ini tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang saja, mula la mereka hidup tak tentu arah dan hati mereka resah gelisah. Lepas itu, mulalah mereka mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita sudah susah, barulah mereka rasa puas hati.

6. Kawan yang suka menipu
Kawan yang tak pernah cakap betul dengan kita. Bila kita tanya mengapa mereka buat begini, mereka cakap lain untuk melepaskan diri mereka sendiri. Mereka hanya pikirkan perasaan mereka tanpa pikirkan perasaan kita sedikitpun.

7. Kawan yang kedekut
Kawan macam ini susah kalau kita nak minta tolong. Barang kita semuanya mereka ambil tanpa minta izin pun tapi bila kita ambil barang mereka tanpa minta izin, mula mata menjeling-jeling, pastu heboh kat semua orang.

8. Kawan yang tak reti guna barang
Mereka tak reti untuk meminta kebenaran pinjam barang kita dan mereka pakai ambil saja. Bila sudah habis menggunakan barang kita, mereka tak reti-ret nak pulangkan balik dan buat macam harta mereka sendiri.

9. Kawan yang 4G 
4G yang maksudkan di sini ialah gedik, gatal, gelenya, gelebeknya. 4G ini khasnya untuk kaum perempuan sahaja. Jauhilah kawan kita yang bersikap 4G ini yang terkinja-kinja dan terhegeh-hegeh dekat lelaki. Tiada sifat malu langsung.

10. Kawan yang berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
Kawan macam ini tak tahu nak cakap macam mana lagi. Dah buat perbuatan yang terkutuk dan senang-senang hebahkan kepada orang lain. Rasa diri mereka yang terhebat. 

Mengumpat dalam diam...

Berhati-hatilah memilih kawan pada zaman sekarang nih. Ramai orang boleh jadi kawan kita tapi nak cari kawan yang sanggup susah senang dengan kita walau bagaimana pun kita hanya 1 dalam 1000 dan yang lain hanya hipokrit semata-mata. Jadi bijak dalam memilih kawan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.


Thursday, September 6, 2012

Produk Apa Yang Korang Pakai???

Pada entri kali ini saya akan membahaskan pencuci muka yang saya pakai. Muka saya dulu banyak jerawat, parut dan macam-macam lagi la masalah yang berlambak di muka. Penat juga tukar pencuci muka dan bukan sekali tapi banyak kali. Beribu kali agaknya... Tapi hasilnya nak kata memuaskan tak tahu la.

(Dari kiri: Kini... Dari kanan: Dulu)

Sekarang ini tetap pada AVON dan juga D'Herbs sebab produk ini memuaskan hati saya. Walaupun baru pakai nak dekat sebulan tapi perubahan pada kulit nampak ketara. Kulit semakin sekata dari dulu.


Pencuci muka (Untuk menghilangkan kotoran)

Toner (Untuk menghilangkan  makeup)

Untuk cream saya pakai AVON naturals Gel Cream Orange Peel. Sekarang ini susah nak cari produk AVON Naturals Orange Peel sebab produk ini tak dikeluarkan lagi tapi digantikan dengan AVON naturals Rose & Rose Hips. Begitu juga dengan Solutions Refined White sudah ditukar ke packaging baru berwarna pink. Ini pula adalah produk D'Herbs yang saya guna.

Sabun rawatan (Untung menghilangkan jerawat)

Semua ini produk untuk luaran sahaja dan saya juga baru mengamalkan produk untuk dalaman dalam 8 hari yang lalu. Ini adalah satu-satunya produk untuk dalaman yang saya gunakan.

Supplement (Untuk dalaman)

Sebenarnya lain orang lain kesannya. Ada yang pakai produk macam saya tiada perubahan dan ada juga yang pakai produk selain yang saya nyatakan ada perubahan. Bergantung pada keserasian kulit wajah masing-masing. Produk yang kita gunakan adalah usaha kita dan yang boleh merubah atau memberi kesan yang positif atas kita hanya Allah s.w.t sahaja. So guna produk dan yakin pada Allah bukan guna produk dan yakin pada kebersanan produk itu.





Tuesday, September 4, 2012

Berhutang Tapi Tak Nak Bayar?

Kenapa ramai orang zaman sekarang terutama orang Melayu susah nak bayar hutang? Kalau dilihat pengalaman orang dan pengalaman sendiri memang orang yang terdiri sama ada kawan atau pun bekas kekasih susah sangat nak bayar hutang yang dipinjam daripada orang yang dipinjam. Kalau duit yang dipinjam setakat RM5 ataupun RM10 boleh la dikira halal juga dan tak payah bayar tapi kalau duit yang dipinjam sudah mencecah ratusan ringgit  pun tak nak bayar juga? Apa nak jadi pada orang yang tak nak bayar hutang ini pun entahla. Mula-mula nak pinjam duit bukan main merayu la, telefon banyak kali la, asyik-asyik minta la, cakap mak nak pinjam duit la dan macam-macam alasan la tetapi apabila tiba nak minta orang yang meminjam duit itu bayar balik duit yang dipinjam, macam-macam alasan diberi dan yang tak masuk akal pun ada juga. Manusia...manusia...

Hutang yang memakan diri...

Sini ada 7 tips nak minta hutang dari orang yang degil tak nak bayar hutang:

1. Kalau ada facebook ataw twitter dan mana-mana laman sosial yang lain, korang bolehlah tulis senarai orang yang berhutang dengan korang itu menggunakan CAPS LOCK di dalam wall atau tweet dengan harapan si penghutang menyedari amaran tsunami korang itu dan cepat-cepat bayar hutang.

2. Kalau banyak duit buatkan flyer muka penghutang itu dan tampal kat pokok, tiang elektrik atau campak depan rumah macam orang hantar suratkhabar itu. Nak lagi lawa, cetak baju ada gambar dia. Pakai tiap-tiap hari.

3. Ingatkan pada penghutang agar segera melunaskan hutang bila terjumpa dengan dia di pasar malam, uptown, downtown dan sebagaimana dengan menjerit "woi mangkuk, bila nak bayar hutang aku!".

4. Pergi rumah dia, jumpa dia dengan cara elok dengan baju lusuh bak pengemis. Nak lagi MANTAP, bawa  saja keluarga, awek/pakwe, sedara mara dan buat muka macam tak makan nasi 1 bulan.

5. Cetakkan seberapa banyak hukuman orang yang tak bayar hutang. Bagitau dia betapa pedihnya azab seksa tak bayar hutang dan bagi ceramah bukan sikit tapi banyak.

6. Setiap kali jumpa dengan orang yang berhutang dengan korang itu, berikan dia segala duit uang korang ada tanpa dia minta dengan harapan dapat menyindir dia.

7. Eh tak mahu bayar juga? Korang tampar saja la. Degil sangat kan.

Saya pelik manusia zaman sekarang. Nak kata tak ada duit entahla. Tak tahu nk cakap apa. Macam peminta sedekah pula nak merayu suruh dia bayar hutangnya kat saya. Kadang-kadang geram jugak bila minta tak nak bagi tapi nak buat macam mana. Orang yang meminjam dan tidak membayar balik hutangnya tak takut ke dengan hukum Allah? Tak rasa ke itu satu tanggungjawab yang perlu untuk membayar balik hutangnya?

Apa nak jadi...


"Seseorang yang suka berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya adalah amat keji mengikut pandangan islam "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri."
(Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)


Berbaga1-bagai cara sudah dibuat untuk dia membayar balik hutangnya tetapi entahla. Macam menunggu bulan yang entah bila akan jatuh ke riba. Orang yang disuruh membayar balik hutang macam masuk telinga kana, keluar teinga kiri. Akhirnya tidak menyuruh dia membayar hutang tetapi mendoakan agar dia terbuka hati untuk membayar hutangnya supaya tidak menyusahkan orang yang dihutangnya. Jangan sampai suatu saat dia merasakan macam mana dia buat pada orang yang telah bagi dia berhutang.




Meminta hutang pandai tetapi membayar hutang tak pandai


Monday, September 3, 2012

My Inspired Untuk Berubah Menjadi Lebih Matang...

Selalu persoalan terbit di minda. Susah sangat ke nak berubah? Yela sebab sudah lama hidup dalam keselesaan dan nak keluar dari zon itu agak payah la tapi nasib baik ada penguat semangat kini. Macam lagu penghujung cintaku. Ini apa kena mengena lagu penghujung cintaku dengan berubah? Saja je nak perkenalkan 'my inspired' selepas family untuk berubah jadi lebih matang dan menempuh hari-hari yang mendatang dengan cara yang dewasa dan tidak lagi terikut dengan cara kebudak-budakan.

Me and 'my inspired'

Jatuh bangun selalu 'my inspired' ada disisi. Tidak tinggalkan saya begitu sahaja. Alhamdulillah untuk kali ini family saya tiada halangan dan senang menerima dia. Lagipun family saya terutama ayah saya yang memberi dia 'task' untuk menjaga dan mengubah saya menjadi seorang wanita yang matang. So sweet my lovely father... Walaupun 'my inspired' tahu saya punya perangai macam mana dia tetap ada disisi dan memberi saya semangat walaupun saya tengah tension dan ada kalanya berputus asa dengan kehidupan. Bestnya dia dah dapat 'green light' daripada family saya. Tahniah awak... Saya tak tahu macam mana lagi dan mulai sekarang saya berusaha nak berubah sebab untuk menghadap family dia pula yang tak tahu bilanya nak jumpa. Persediaan tu penting sebelum hendak berjumpa dengan family dia terutamanya mak dia. Takut rasanya...


Kata-kata semangat untuk diri sendiri

Ini petikan cara-cara untuk berubah menjadi lebih matang:

1. Mula fikirkan orang lain
Kalau sebelum in kita asyik fikirkan diri kita sahaja dan tak kisah sangat dengan orang sekeliling kita, cuba ubah habit ini. Kalau sebelum ni kita leka dengan cerita diri sendiri, kita boleh start dengan berhenti asyik bercerita tentang diri kita sahaja bila lepak dengan kawan-kawan sebaliknya biarkan kawan-kawan share cerita dia orang pula dengan kita. Bila kita mula mendengar, kita akan mula memahami kawan-kawan kita.

2. Cuba berkawan dengan orang baru
Kalau sebelum ni kawan-kawan kita semuanya tak berapa matang sama macam kita, cuba berkawan dengan orang yang lebih matang supaya kita boleh mencontohi tingkahlaku mereka yang baik. Mereka yang matang ini boleh bantu kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dengan cara yang lebih matang.

3. Set matlamat hidup
Orang yang kurang matang ni biasanya cuma fikirkan masa sekarang dan kurang fikirkan tentang masa depan. Cuba set matlamat hidup kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu selalu buang masa dengan sesuatu yang tak berfaedah, sekarang bila dah ada matlamat masa kita akan terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dengan kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan mula berfikir dan bertindak dengan lebih matang.

Mulai hari ini, saat ini kena berubah sebab macam 'my inspired' cakap:

"Awak kena jadi lebih matang sebab ini pun untuk kebaikan awak dan yang dapat benefitnya pun diri awak juga bukan orang lain."

Bila pikir-pikarkan balik betul juga apa yang diperkatakan oleh 'my inspired'. Thanks awak sebab sanggup menempuh senang dan susah bersama saya. I appreciate that. Saya harap hubungan kita dapat pergi ke fasa seterusnya...