Saturday, March 24, 2012

Bayaran Sebuah Kemaafan...

Susahnya menerima kemaafan..
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

*Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."*

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan.

Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita atau berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitka, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar. 

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini? 

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.

Terasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu dari orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
*"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]*

Credit to: -Artikel iluvislam.com-

Thursday, March 15, 2012

Janji Manis...

Selagi ombak membelai pantai, selagi itu saya akan mencintai awak.

Jika planet berpusing pada orbitnya, saya pula mencintai awak seluas orbit planet itu!!!

Apa gunanya matahari jika bukan untuk menerangi. Apa gunanya hati ini jika bukan untuk awak.

Saya akan pastikan awak selalu bahagia dan gembira di samping saya.

Saya akan terus sayangi awak. Sepenuh hati saya. Selagi saya bernafas.

Setiap detik saya ingat awak. Setiap cinta saya hanya untuk awak.

Senyuman awak, wajah awak... selalu dalam ingatan saya.

Pehhh. Golongan lelaki ni suka menabur janji manis mahupun ayat-ayat romantik. Daripada menabur janji baik menabur benih buah-buahan. Ada juga hasilnya. Keh Keh Keh.


Persoalan pada kaum lelaki ialah, adakah janji manis yang keluar daripada mulut tersebut boleh kekalkan dan ditunaikan? Untuk enpat tahun akan datang boleh la. Tapi 10 tahun? 20 tahun?

Lelaki adalah makhluk paling mudah lupa janji pada golongan perempuan. Jika satu hubungan itu gagal, golongan lelaki selalu menghilangkan diri. Nampak sangat golongan lelaki hendak mainkan perasaan perempuan.

Dikatakan perempuan tepikat untuk dengar ayat manis daripada mulut orang yang dia orang cintai. Tapi hakikatnya tipu belaka. Contohnya;


"Abang akan cinta Sayang sampai bila-bila. Tak ada orang lain selain Sayang"

Angkara janji manis...
Kemain ayat. Tapi kalau dah putus, golongan lelaki la cepat dapat pengganti dulu. Walaupun dia pernah berjanji tak akan mencintai perempuan lain selain bekas makwe dia? Adakah makwe dia yang baru dia tak cintai sepenuhnya? Adakah golongan lelaki mudah lupa janji atau ada niat perbuatannya?

Persoalannya...berapa banyak soalan daaa...haha.

4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan

1. Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka 
Seorang lelaki yang serius  terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya terhadap ahli keluarga. Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka berbuat sedemikian.
2. Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat
 Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka. Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
3. Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan 
Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan. Tiada perasaan tanggungjawab  didalam diri mereka terhadap diri anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.
4. Berkongsi masalah 
Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda, ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah menerima anda sebahagian daripada hidup mereka. Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati.

Aku terima menjadi isterimu...
Inilah tanda lelaki yang serius tapi buat pada masa kini susah nak tengok lelaki yang serius. Boleh dikatakan 1 dalam 1000 sebab lelaki sekarang ada masalah je, salahkan perempuan. Diri sendiri  tak nak salahkan pula. Tak adil kan???? Dan suka beri harapan palsu kepada perempuan. So lelaki di luar sana hargailah perempuan yag bersusah payah dengan anda selama beberapa tahun bercinta sebab susah nak dapat perempuan yang sanggup buat apa saja demi anda.

Lamanya tak update blog....

Wahhhh lamanya tak update blog. Ni gara-gara busy dengan pekara-pekara yang penting,... Well you know me. Banyak masalah dihadapi tapi saya cuba laluinya dengan tabah. Huhuhuhu....