Thursday, December 27, 2012

Beza antara UGUTAN dan NASIHAT...

Seseorang menyuruh membuat kebaikan tetapi tahukah anda orang lebih suka mengikuti kebaikan yang berbentuk nasihat dari kebaikan yang berbentuk ugutan? Ini adalah kerana nasihat lebih bersifat lembut dari ugutan yang bersifat kekerasan.

Perbezaan antara UGUTAN dan NASIHAT:

UGUTAN adalah apabila seseorang menyuruh orang lain membuat sesuatu kebaikan tetapi memberi tempoh masa yang ditetapkan dan kena juga membuat kebaikan itu kalau tidak sesuatu akan berlaku.

Salah satu cara ugutan...

NASIHAT adalah apabila seseorang menyuruh orang lain menbuat sesuatu kebaikan tetapi terpulang pada orang itu sama ada mahu mengikuti atau tidak tanpa ada tempoh masa yang tertentu.

Salah satu cara menasihat...

Tapi orang zaman sekarang lebih suka mengugut daripada nasihat. Mereka tidak tahu ke orang yang mereka ugut itu adalah manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Sedangkan kalau orang lain mengugut mereka juga, mereka akan membangkang. Tetapi kalau orang yang lebih tua daripada orang yang lebih muda merasakan mereka cukup pengalaman dan ini membuat mereka merasakan mereka patut menyuruh orang yang lebih muda mengikut kehendak mereka tapi mereka sebenarnya tidak tahu yang mereka menyuruh itu adalah berbau ugutan walaupun kearah kebaikan.

Sedangkan semua orang membuat silap tak kira muda atau tua sebab da terbukti manusia tak ada pun yang SEMPURNA kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Tidak kira sama ada yang tua atau yang muda kenalah bertolak ansur dan menasihati sesama lain dan janganlah menjadikan ugutan sebagai suatu dorongan untuk orang lain membuat kebaikan kerana itu adalah suruhan yang sia-sia sebab tiada orang yang akan mengikuti suruhan yang berbau ugutan sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. pun juga menasihati umatnya dengan  penuh kelembutan.

Kalau ugutan menjadi salah satu suruhan untuk buat kebaikan, semestinya semua orang tidak akan mengikutinya sebab fitrah manusia suka kepada kelembutan dan bukannya kekasaran. Jadilah nasihat sebagai satu alternative untuk menyuruh mereka membuat kebaikan sebab ini adalah satu cara yang betul untuk mengajak orang lain membuat kebaikan dan jadikan ugutan itu sebagai cara untuk mengajak orang lain membuat kebaikan sebab itu akn mengeraskan hati orang itu untuk membuat kebaikan.







Tuesday, December 25, 2012

Salah Siapa???

Dulu, Natasya Qisya ada seorang kekasih. Mula-mula berjalan dengan lancar tetapi akhirnya ayah Natasya Qisya tidak menyukainya. Ayah Natasya Qisya mengambil handphone dan menyimpannya supaya Nataysa Qisya tidak boleh contact dengan kekasihnya. Alasan ayah Natasya Qisya mengatakan bahawa kekasihnya perangainya sungguh teruk. Mula-mula kekasih Natasya Qisya mempertahankan hubungannya tapi pada akhirnya dia putuskan perhubungannya.

Selepas putusnya hubungan Natasya Qisya dan kekasihnya, Natasya Qisya selalu memendam kesedihan dan Natasya Qisya berjanji tidak mahu mengahwini sesiapa kerana baginya sudah berakhir segalanya. Pada suatu hari, ibu Natasya Qisya pun menyuruh Natasya Qisya masuk laman jodoh mana tahu di dalam laman jodoh itu Natasya Qisya akan bertemu dengan seseorang yang boleh menjaga dan menyayangi Natasya Qisya seadanya.

Natasya Qisya pun menuruti kata-kata ibunya dan akhirnya dipetemukan dengan lelaki yang boleh membuat Natasya Qisya bahagia selalu. Masa hari raya, kekasih baru Natasya Qisya datang di rumah ibu ayah Natasya Qisya menunjukkan bahawa dia betul-betul menyayangi dan tidak permainkan hati perasaan Natasya Qisya. Pada waktu itu, ibu ayah Natasya Qisya menerima kehadiran kekasih baru Natasya Qisya dengan rela hati.

Setelah sebulan selepas itu, Natasya Qisya menghadiri konvokesyen kekasihnya yang baru grad untuk diploma. Natasya Qisya bertemu dengan mak abah kekasihnya. Mak abah kekasihnya menerima dengan rela hati Natasya Qisya dan merestui hubungan mereka. Alangkah gembira di hati mereka sebab perhubungan mereka mendapat restu orang tua masing-masing.

Setiap perhubungan mana ada yang selalu cerah. Perhubungan mereka dilanda badai. Mereka selalu bergaduh dalam hal yang remeh temeh tetapi atas dasar kasih sayang yang kuat mereka lalui dengan tabah. Kekasihnya masih lagi menghubungi Natasya Qisya selalu bagi menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi untuk Natasya Qisya. 

Tak lama kemudian, disebabkan Natsya Qisya tidak merefill air untuk ibunya menggosok kain.Ibunya membebel dan ayah Natasya Qisya sekali lagi mengambil laptop dan handphone Natasya Qisya dan menyimpannya. Natasya Qisya hanya boleh memberontak dalam diam dan Natasya Qisya redha andai ada jodoh dengan kekasihnya disebabkan Natasya Qisya pernah melalui hal yang sama beberapa bulan yang lepas semasa Natasya Qisya dengan exnya..

Berkata Natasya Qisya di dalam hati "kalaulah ayah aku buat yang sama kepada kekasihku walaupun ayah aku telah merestui hubungan kami kemungkinan besar dia akan membuat pekara yang sama kepada orang yang aku kenal dan dengan cara ayah aku sebegini aku tak akan kahwin sampai bila-bila."

Natasya Qisya rasa hendak memberontak sebab Natasya Qisya telah cuba buat yang terbaik utuk ayahnya tetapi pekara yang sama berulang kepadanya dan sekarang Natasya Qisya hanya mampu redha dengan apa yang berlaku.

'ANDAI DIA MEMANG JODOHKU, ENGKAU DEKATKAN DIA PADAKU... ANDAI DIA BUKAN JODOHKU, ENGKAU JAUHKAN DIA DARIPADAKU... ' Hanya itu yang Natasya Qisya boleh buat sekarang sebab kalau dia memberontak apa gunanya. Ayah dia keras hati...

Hanya mampu berdoa...

Sunday, October 14, 2012

Berhentilah Merokok!!!

Kadang-kadang yang membuat saya terpikir kenapa ramai manusia di dalam dunia ini suka merokok. Sekarang bukan setakat lelaki sahaja yang suka merokok. Dengar sahaja lelaki merokok, sudah biasa tetapi kalau dengar perempuan merokok, banyak soalan yang timbul. Bukan sahaja orang dewasa merokok tetapi boleh dikatakan pelajar sekolah juga merokok. Apa la nak jadi...

Kajian perokok di Malaysia
Ramai sudah maklum tentang bahayanya merokok tetapi sayangnya dikalangan manusia tidak mengendahkan tentang bahayanya rokok. Banyak iklan menunjukkan tentang bahayanya rokok dan di dalam buku Sains sekolah juga kandung pekara yang sama. Kerajaan telah berusaha menaikkan harga rokok dan meletakkan gambar ngeri akibat merokok di setiap kotak rokok tetapi hasilnya hampa disebabkan perokok tidak juga berhenti dari tabiat merokok. 

Antara gambar yang terdapat pada kotak rokok

Tapi tahukah anda di dalam rokok terkandung banyak bahan yang membahayakan diri sendiri. Merokok juga ibarat membunuh diri sendiri dalam diam bak kata pepatah "tak ada penyakit tapi cari penyakit". Wlaupun pada luar rokok, perokok nampak sebatang rokok tetapi dalaman rokok tersebut banyak bahan berbahaya yang perokok makan secara tidak sedar.

Bahan-bahan yang terkandung dalam rokok

Ada juga perokok yang sudah sedar dari lamunan. Mereka merasakan merokok ini tidak mendatangkan feadah kepada diri mereka tetapi hanya ibarat membakar duit mereka sendiri dan disebabkan itu mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Tetapi bukan mudah untuk berhenti merokok macam petik jari disebabkan ketagihan merokok menyelubungi diri tetapi kena ada azam yang kuat. Kalau tak, memang kecundang di tengah jalan dan mereka akan kembali merokok seperti dulu. Terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti merokok tetapi pastikan anda pelajari kaedah yang betul dan jangan tersilap perhitungan. Fakor yang paling penting adalah keingnan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Di bawah ini adalah sedikit tips yang saya boleh berikan:

Tips Bagaimana Cara untuk Berhenti Merokok Dengan Cara yang Betul dan Berkesan

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu target untuk berhenti merokok.

2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.

3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana yang mudah untuk dilihat sebagai peringatan.

4. Katakan pada diri "Saya Bukan Perokok!" dan tekadkan pada diri "Saya Mampu Berhenti Merokok!".

5. Sentiasa berfikiran positif.

6. Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan taulan dan juga yang tersayang.

7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.

8. Setiap kali terasa untuk merokok, cuba lengahkan dengan membuat pekara lain sehingga terleka dan lupakan perasaan untuk merokok.

9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.

Paling penting sekali amalkan 12 M untuk berhenti merokok. Ini kena buat dengan azam dan tekad yang kuat dan tidak boleh sambil lewa sahaja. 

Tips Berhenti Merokok 12 M

1. Melengah-lengahkan 
Cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah tidak merasa ketagihan merokok.

2. Menarik nafas panjang
Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3. Minum air dengan kuantiti yang banyak
Banyak minum air masak dan elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi

4. Menyibukkan diri
Berbuat sesuatu bagi mengalihakn fikiran untuk melupakan merokok

5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok

6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
Jauh diri dari berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok

7. Menguyah sesuatu
Gula-gula getah dan buah-buahan apabila di dalam keadan yang tertekan atau teringin untuk merokok

8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Merengangkan otot
Melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk atau dalam keadaan yang tertekan

11. Meditasi
Menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional

12. Memohon doa
Berdoa kepada Allah agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya

Saya menasihatkan pada perokok-perokok tegar diluar sana supaya berhentilah merokok kerana tidak ada manfaat kalau meneruskan dengan tabiat merokok. Untuk pengetahuan perokok semua di luar sana, perokok hanya 25% menyedut asap rokok sedangkan orang yang terdekat dengan perokok sama ada yang tersayang ataupun keluarga sendiri menyedut 75% asap yang dibebaskan oleh perokok. Adakah anda sanggup melihat orang yang disayangi pergi meninggalkan anda dulu disebabkan tabiat merokok anda? Saya yakin tiada perokok di dunia ini mahu melihat orang yang disayangi menderita. Berhenti la rokok untuk keselamatan orang yang disayangi dan juga anda sendiri kerana dirimu berharga. 

TAK NAK merokok !!!

Saturday, September 8, 2012

Berkawan Kerana Ikhlas Atau Berkawan Kerana Mahu Mengambil Kesempatan...

Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan perwatakan yang berlainan. Ada juga yang saja nak tumpang populariti seseorang itu dan ada juga ikhlas untuk berkawan dengan seseorang itu. Kebanyakkan orang zaman sekarang suka memilih bulu dalam berkawan. Bukan fantasi tapi realiti...

Berkawan...
Orang berkata berkawan biar ikhlas tapi kebanyakkan daripada kita berkawan oleh kerana kesunyian tiada kawan lain sebab itu berkawan dengan orang itu dan apabila jumpa kawan lain, ditinggalkan saja kawan yang telah banyak menolong dia. Begitu juga bila bergaduh, terus cari kawan lain tanpa memperdulikan kawan yang sudah lama dengan dia. Rasa tak adil kan???

Persahabatan...


Di bawah antara ciri-ciri kawan yang ikhlas berkawan dengan kita:

1. Jika kita berbuat baik pada mereka, mereka akan melindungi kita.

2. Jika kita rapatkan persahabatan dengan mereka, mereka akan membalas balik persahatan kita.

3. Jika kita memerlukan pertolongan daripada mereka, mereka akan membantu kita.

4. Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepada mereka, mereka akan menerima dengan baik.

5. Jika mereka mendapat sesuatu bantuan daripada kita, mereka akan menghargai atau menyambut kebaikan kita.

6. Jika mereka melihat sesuatu yang tidak baik daripada kita, mereka akan menutup keburukan kita.

7. Jika kita meminta bantuan daripada mereka, mereka akan mengusahakan untuk membantu kita.

8. Jika kita berdiam diri kerana malu untuk meminta bantuan mereka, mereka akan menanyakan kesusahan awak.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa kita, mereka akan meringankan kesusahan kita.

10. Jika kita berkata kepada mereka, mereka akan membenarkan kita.

Berkawan biar ikhlas...

Di bawah ini pula adalah ciri-ciri kawan yang perlu dijauhi:

1. Kawan yang lupa diri
Spesis ini macam kacang lupakan kulit kerana kawan macam ini memang langsung tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah, cepat-cepat mereka cari kita tapi bila mereka sudah senang, mereka lupakan kita dan tak nak pandang pun kat kita.

2. Kawan yang berlagak
Bajet mereka sempurna dan mereka lupa apa yang mereka ada itu semua pinjaman dari Allah. Mereka juga merendah-rendahkan kredebiliti kita.

3. Kawan yang makan kawan.
Kawan macam ini sanggup buat apa sahaja dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja tanpa memperdulikan kita.

4. Kawan yang hipokrit
Kawan ini spesis yang hipokrit. Mereka menjaja sifat buruk kita dibelakang kita kepada orang lain tapi bila depan kita buat-buat macam menyebelahi dan baik sangat dengan kita di depan orang lain.

5. Kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati
Kawan macam ini tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang saja, mula la mereka hidup tak tentu arah dan hati mereka resah gelisah. Lepas itu, mulalah mereka mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita sudah susah, barulah mereka rasa puas hati.

6. Kawan yang suka menipu
Kawan yang tak pernah cakap betul dengan kita. Bila kita tanya mengapa mereka buat begini, mereka cakap lain untuk melepaskan diri mereka sendiri. Mereka hanya pikirkan perasaan mereka tanpa pikirkan perasaan kita sedikitpun.

7. Kawan yang kedekut
Kawan macam ini susah kalau kita nak minta tolong. Barang kita semuanya mereka ambil tanpa minta izin pun tapi bila kita ambil barang mereka tanpa minta izin, mula mata menjeling-jeling, pastu heboh kat semua orang.

8. Kawan yang tak reti guna barang
Mereka tak reti untuk meminta kebenaran pinjam barang kita dan mereka pakai ambil saja. Bila sudah habis menggunakan barang kita, mereka tak reti-ret nak pulangkan balik dan buat macam harta mereka sendiri.

9. Kawan yang 4G 
4G yang maksudkan di sini ialah gedik, gatal, gelenya, gelebeknya. 4G ini khasnya untuk kaum perempuan sahaja. Jauhilah kawan kita yang bersikap 4G ini yang terkinja-kinja dan terhegeh-hegeh dekat lelaki. Tiada sifat malu langsung.

10. Kawan yang berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
Kawan macam ini tak tahu nak cakap macam mana lagi. Dah buat perbuatan yang terkutuk dan senang-senang hebahkan kepada orang lain. Rasa diri mereka yang terhebat. 

Mengumpat dalam diam...

Berhati-hatilah memilih kawan pada zaman sekarang nih. Ramai orang boleh jadi kawan kita tapi nak cari kawan yang sanggup susah senang dengan kita walau bagaimana pun kita hanya 1 dalam 1000 dan yang lain hanya hipokrit semata-mata. Jadi bijak dalam memilih kawan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.


Thursday, September 6, 2012

Produk Apa Yang Korang Pakai???

Pada entri kali ini saya akan membahaskan pencuci muka yang saya pakai. Muka saya dulu banyak jerawat, parut dan macam-macam lagi la masalah yang berlambak di muka. Penat juga tukar pencuci muka dan bukan sekali tapi banyak kali. Beribu kali agaknya... Tapi hasilnya nak kata memuaskan tak tahu la.

(Dari kiri: Kini... Dari kanan: Dulu)

Sekarang ini tetap pada AVON dan juga D'Herbs sebab produk ini memuaskan hati saya. Walaupun baru pakai nak dekat sebulan tapi perubahan pada kulit nampak ketara. Kulit semakin sekata dari dulu.


Pencuci muka (Untuk menghilangkan kotoran)

Toner (Untuk menghilangkan  makeup)

Untuk cream saya pakai AVON naturals Gel Cream Orange Peel. Sekarang ini susah nak cari produk AVON Naturals Orange Peel sebab produk ini tak dikeluarkan lagi tapi digantikan dengan AVON naturals Rose & Rose Hips. Begitu juga dengan Solutions Refined White sudah ditukar ke packaging baru berwarna pink. Ini pula adalah produk D'Herbs yang saya guna.

Sabun rawatan (Untung menghilangkan jerawat)

Semua ini produk untuk luaran sahaja dan saya juga baru mengamalkan produk untuk dalaman dalam 8 hari yang lalu. Ini adalah satu-satunya produk untuk dalaman yang saya gunakan.

Supplement (Untuk dalaman)

Sebenarnya lain orang lain kesannya. Ada yang pakai produk macam saya tiada perubahan dan ada juga yang pakai produk selain yang saya nyatakan ada perubahan. Bergantung pada keserasian kulit wajah masing-masing. Produk yang kita gunakan adalah usaha kita dan yang boleh merubah atau memberi kesan yang positif atas kita hanya Allah s.w.t sahaja. So guna produk dan yakin pada Allah bukan guna produk dan yakin pada kebersanan produk itu.





Tuesday, September 4, 2012

Berhutang Tapi Tak Nak Bayar?

Kenapa ramai orang zaman sekarang terutama orang Melayu susah nak bayar hutang? Kalau dilihat pengalaman orang dan pengalaman sendiri memang orang yang terdiri sama ada kawan atau pun bekas kekasih susah sangat nak bayar hutang yang dipinjam daripada orang yang dipinjam. Kalau duit yang dipinjam setakat RM5 ataupun RM10 boleh la dikira halal juga dan tak payah bayar tapi kalau duit yang dipinjam sudah mencecah ratusan ringgit  pun tak nak bayar juga? Apa nak jadi pada orang yang tak nak bayar hutang ini pun entahla. Mula-mula nak pinjam duit bukan main merayu la, telefon banyak kali la, asyik-asyik minta la, cakap mak nak pinjam duit la dan macam-macam alasan la tetapi apabila tiba nak minta orang yang meminjam duit itu bayar balik duit yang dipinjam, macam-macam alasan diberi dan yang tak masuk akal pun ada juga. Manusia...manusia...

Hutang yang memakan diri...

Sini ada 7 tips nak minta hutang dari orang yang degil tak nak bayar hutang:

1. Kalau ada facebook ataw twitter dan mana-mana laman sosial yang lain, korang bolehlah tulis senarai orang yang berhutang dengan korang itu menggunakan CAPS LOCK di dalam wall atau tweet dengan harapan si penghutang menyedari amaran tsunami korang itu dan cepat-cepat bayar hutang.

2. Kalau banyak duit buatkan flyer muka penghutang itu dan tampal kat pokok, tiang elektrik atau campak depan rumah macam orang hantar suratkhabar itu. Nak lagi lawa, cetak baju ada gambar dia. Pakai tiap-tiap hari.

3. Ingatkan pada penghutang agar segera melunaskan hutang bila terjumpa dengan dia di pasar malam, uptown, downtown dan sebagaimana dengan menjerit "woi mangkuk, bila nak bayar hutang aku!".

4. Pergi rumah dia, jumpa dia dengan cara elok dengan baju lusuh bak pengemis. Nak lagi MANTAP, bawa  saja keluarga, awek/pakwe, sedara mara dan buat muka macam tak makan nasi 1 bulan.

5. Cetakkan seberapa banyak hukuman orang yang tak bayar hutang. Bagitau dia betapa pedihnya azab seksa tak bayar hutang dan bagi ceramah bukan sikit tapi banyak.

6. Setiap kali jumpa dengan orang yang berhutang dengan korang itu, berikan dia segala duit uang korang ada tanpa dia minta dengan harapan dapat menyindir dia.

7. Eh tak mahu bayar juga? Korang tampar saja la. Degil sangat kan.

Saya pelik manusia zaman sekarang. Nak kata tak ada duit entahla. Tak tahu nk cakap apa. Macam peminta sedekah pula nak merayu suruh dia bayar hutangnya kat saya. Kadang-kadang geram jugak bila minta tak nak bagi tapi nak buat macam mana. Orang yang meminjam dan tidak membayar balik hutangnya tak takut ke dengan hukum Allah? Tak rasa ke itu satu tanggungjawab yang perlu untuk membayar balik hutangnya?

Apa nak jadi...


"Seseorang yang suka berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya adalah amat keji mengikut pandangan islam "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri."
(Hadis riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)


Berbaga1-bagai cara sudah dibuat untuk dia membayar balik hutangnya tetapi entahla. Macam menunggu bulan yang entah bila akan jatuh ke riba. Orang yang disuruh membayar balik hutang macam masuk telinga kana, keluar teinga kiri. Akhirnya tidak menyuruh dia membayar hutang tetapi mendoakan agar dia terbuka hati untuk membayar hutangnya supaya tidak menyusahkan orang yang dihutangnya. Jangan sampai suatu saat dia merasakan macam mana dia buat pada orang yang telah bagi dia berhutang.




Meminta hutang pandai tetapi membayar hutang tak pandai


Monday, September 3, 2012

My Inspired Untuk Berubah Menjadi Lebih Matang...

Selalu persoalan terbit di minda. Susah sangat ke nak berubah? Yela sebab sudah lama hidup dalam keselesaan dan nak keluar dari zon itu agak payah la tapi nasib baik ada penguat semangat kini. Macam lagu penghujung cintaku. Ini apa kena mengena lagu penghujung cintaku dengan berubah? Saja je nak perkenalkan 'my inspired' selepas family untuk berubah jadi lebih matang dan menempuh hari-hari yang mendatang dengan cara yang dewasa dan tidak lagi terikut dengan cara kebudak-budakan.

Me and 'my inspired'

Jatuh bangun selalu 'my inspired' ada disisi. Tidak tinggalkan saya begitu sahaja. Alhamdulillah untuk kali ini family saya tiada halangan dan senang menerima dia. Lagipun family saya terutama ayah saya yang memberi dia 'task' untuk menjaga dan mengubah saya menjadi seorang wanita yang matang. So sweet my lovely father... Walaupun 'my inspired' tahu saya punya perangai macam mana dia tetap ada disisi dan memberi saya semangat walaupun saya tengah tension dan ada kalanya berputus asa dengan kehidupan. Bestnya dia dah dapat 'green light' daripada family saya. Tahniah awak... Saya tak tahu macam mana lagi dan mulai sekarang saya berusaha nak berubah sebab untuk menghadap family dia pula yang tak tahu bilanya nak jumpa. Persediaan tu penting sebelum hendak berjumpa dengan family dia terutamanya mak dia. Takut rasanya...


Kata-kata semangat untuk diri sendiri

Ini petikan cara-cara untuk berubah menjadi lebih matang:

1. Mula fikirkan orang lain
Kalau sebelum in kita asyik fikirkan diri kita sahaja dan tak kisah sangat dengan orang sekeliling kita, cuba ubah habit ini. Kalau sebelum ni kita leka dengan cerita diri sendiri, kita boleh start dengan berhenti asyik bercerita tentang diri kita sahaja bila lepak dengan kawan-kawan sebaliknya biarkan kawan-kawan share cerita dia orang pula dengan kita. Bila kita mula mendengar, kita akan mula memahami kawan-kawan kita.

2. Cuba berkawan dengan orang baru
Kalau sebelum ni kawan-kawan kita semuanya tak berapa matang sama macam kita, cuba berkawan dengan orang yang lebih matang supaya kita boleh mencontohi tingkahlaku mereka yang baik. Mereka yang matang ini boleh bantu kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dengan cara yang lebih matang.

3. Set matlamat hidup
Orang yang kurang matang ni biasanya cuma fikirkan masa sekarang dan kurang fikirkan tentang masa depan. Cuba set matlamat hidup kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu selalu buang masa dengan sesuatu yang tak berfaedah, sekarang bila dah ada matlamat masa kita akan terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dengan kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan mula berfikir dan bertindak dengan lebih matang.

Mulai hari ini, saat ini kena berubah sebab macam 'my inspired' cakap:

"Awak kena jadi lebih matang sebab ini pun untuk kebaikan awak dan yang dapat benefitnya pun diri awak juga bukan orang lain."

Bila pikir-pikarkan balik betul juga apa yang diperkatakan oleh 'my inspired'. Thanks awak sebab sanggup menempuh senang dan susah bersama saya. I appreciate that. Saya harap hubungan kita dapat pergi ke fasa seterusnya...

Wednesday, May 30, 2012

Bercinta dengan Suami Orang atau Duda????

Zaman sekarang kebanyakkan kaum perempuan tak kisah la bujang ke janda ke mesti memilih suami orang atau duda sebagai teman hidup. Kenapa boleh jadi begini? Persoalannya, adakah lelaki bujang tidak hensem, poket tak banyak, tidak bekerjaya ataupun sudah tak banyak? Setelah membuat researah dan menilai sendiri ternyata suami orang atau duda ada kelebihan yang tidak ada pada lelaki bujang iaitu pandai melayan hati perempuan (Lelaki bujang anda kalah di sini)....

Ini kerana suami orang atau duda pernah melayari hidup berumah tangga dan dari situ mereka tahu apa kehendak dan hati perempuan. Tapi lelaki bujang pun bercinta jugak dan pernah putus sama saja kan dapat juga melayan hati perempuan? Memang betul tapi perhatikan betul-betul ianya memang tak sama. Cuba lihat cara suami orang atau duda layan perempuan itu bagaimana, mereka akan mengambil berat setiap keadaan perempuan, lebih romantik dan juaga selalu ikut kehendak perempuan. Ini berbeza dengan lelaki bujang yang tidak sangat romantik dan ada kalanya tak kisah pun perempuan itu punya perasaan sebab asyik hendak ikut kepalanya sendiri (Sorry guys)...

Suami orang atau duda juga sanggup buat apa saja demi untuk memikat hati perempuan tak kira sebelum mendapatkan perempuan itu atau selepas bertahun-tahun bercinta. Meraka lebih mengutamakan kehendak dan perasaan perempuan itu berbanding kehendak mereka sendiri dan kadang-kadang mereka juga bertolak ansur dengan perempuan. Sedangkan lelaki bujang kena jugak ikut kehendaknya sendiri berbanding kehendak perempuan dan apabila kita hendak bertolak ansur atau hendak dia mengikuti kata kita sedikit boleh jadi perang besar dan akhirnya kita kena mengalah untuk mengambil hatinya balik sedangkan dia buat tak tahu dengan kita (Ini terjadi apabila sudah lama bercinta)...


Salah satu contoh petengkaran...
So wahai lelaki bujang sekalian, adakah kamu hendak berputih mata atau membujang untuk selamanya. Tak kan so bermulalah sekarang untuk lebih memahami kehendak dan perasaan perempuan sebab perempuan bukannya buat banyak ragam tetapi perempuan hanya mahukan lelaki yang boleh memahami dan mencintai mereka dengan ikhlas...

Saturday, March 24, 2012

Bayaran Sebuah Kemaafan...

Susahnya menerima kemaafan..
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

*Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."*

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan.

Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita atau berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitka, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar. 

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini? 

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidaksempurnaan dirinya.

Terasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu dari orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
*"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]*

Credit to: -Artikel iluvislam.com-